SKUAD hoki wanita tewas tipis 1-2 kepada pasukan Ireland, semalam. FOTO:  Niz Yusof
SKUAD hoki wanita tewas tipis 1-2 kepada pasukan Ireland, semalam. FOTO: Niz Yusof
Saiful Affendy Sapran


SKUAD hoki wanita negara mempamerkan aksi cemerlang sebelum tewas tipis 1-2 kepada pasukan ranking kelapan dunia, Ireland pada aksi pertama Kumpulan A, Pusingan Akhir Siri FIH di Banbridge semalam.

Meskipun tewas, prestasi skuad bimbingan Muhammad Dhaarma Raj Abdullah itu wajar menerima pujian selepas bertemu lawan yang memegang status naib juara Piala Dunia tahun lalu selain mendapat sokongan padu penyokong tuan rumah.

Turun dengan status pasukan menduduki ranking ke-22 dunia, skuad negara ketinggalan dua gol selepas Beth Barr dan Kathryn Mullan pada minit ke-4 serta 39.

Malaysian Tigress berjaya merapatkan jurang menerusi jaringan Siti Zulaikha Husain minit ke-55 namun ia sudah terlambat untuk menafikan kemenangan Ireland.

Skuad negara akan turun pada perlawanan kedua awal pagi esok bertemu Singapura.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 9 Jun 2019 @ 6:54 PM