Pemain Norwich City, Marco Stiepermann menjaringkan gol menentang Blackburn Rovers. FOTO Reuters.
Pemain Norwich City, Marco Stiepermann menjaringkan gol menentang Blackburn Rovers. FOTO Reuters.
Reuters

NORWICH City berjaya melangkah ke saingan Liga Perdana selepas mencatat kemenangan 2-1 ke atas Blackburn Rovers dalam saingan Liga Kejuaraan awal pagi ini, sementara Sheffield United turut mengikut jejak langkah pasukan itu selepas menewaskan Ipswich Town, 2-0.

Norwich hanya perlu satu mata untuk memastikan mereka kembali beraksi dalam liga utama Inggeris itu selepas tersisih tiga tahun, namun jaringan Marco Stiepermann dan Mario Vrancic yang memberikan mereka tiga mata meletakkan Norwich mendahului carta liga.

Norwich berada sembilan mata di depan Leeds United - yang hanya berbaki dua perlawanan - di tempat ketiga, sementara Sheffield United mengatasi enam mata di depan Leeds selepas gol sumbangan Scott Hogan dan Jack O'Connell membantu mereka mencatat kemenangan ketiga berturut-turut.

Pemain Norwich City, Teemu Pukki bergambar bersama peminat selepas aksi Liga Kejuaraan awal pagi ini. FOTO Reuters.
Pemain Norwich City, Teemu Pukki bergambar bersama peminat selepas aksi Liga Kejuaraan awal pagi ini. FOTO Reuters.

Sheffield United mendahului dari segi perbezaan gol dengan Leeds (13) bermakna ia memerlukan perubahan yang luar biasa untuk menafikan penyertaan semula pasukan itu ke Liga Perdana selepas 12 tahun.

“Ia sukar untuk meluahkan perkataan sesuai,” kata penyerang Norwich, Stiepermann. “Seluruh pasukan menunjukkan prestasi menakjubkan musim ini - kami mempunyai semangat juang tinggi dan mempunyai keserasian baik dalam pasukan.

“Ia seperti sukar dipercayai, ia bagai mimpi jadi kenyataan dan saya sangat gembira bagi pihak pemain kerana mereka sememangnya layak.”

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 April 2019 @ 8:28 AM