AFP

NORWICH City menewaskan Aston Villa 2-1, malam tadi untuk mengesahkan status pemenang Liga Kejuaraan manakala Derby County layak ke kalah mati selepas menang 3-1 ke atas West Bromwich Albion.

Norwich yang dikendalikan oleh Daniel Farke bersama Sheffield United yang seri 2-2 menentang Stoke sudahpun mengesahkan slot automatik ke Liga Perdana Inggeris (EPL) sebelum perlawanan pusingan terakhir musim ini.

Derby menyertai Leeds, West Bromwich dan Villa dalam saingan play-offs untuk menentukan salah satu daripada empat pasukan berada di tempat ketiga dan slot terakhir ke EPL.

Marcelo Bielsa yang mengendalikan Leeds yang kini berada di tangga ketiga akan berdepan skuad Frank Lampard iaitu Derby manakala West Brom akan menentang lawan Midlands, Villa.

Mario Vrancic menjaringkan gol kemenangan ketika perlawanan berbaki empat minit di Villa Park untuk memastikan Norwich mendapat kelayakan ke EPL.

Teemu Pukki meletkkan Norwich di depan m-7 sebelum Jonathan Kodjia menyamakan kedudukan m-15 tetapi Vrancic memastikan Canaries meninggalkan Liga Kejuaraan dengan bergaya.

Mereka menamatkan saingan dengan 94 mata daripada 46 perlawanan dan kembali semula ke EPL sejak 2015/16.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 Mei 2019 @ 12:31 AM
Pemain Norwich City meraikan kejayaan menjulang gelaran. FOTO REUTERS
Pemain Norwich City meraikan kejayaan menjulang gelaran. FOTO REUTERS