Penyerang Barcelona Lionel Messi meraikan bersama trofi La Liga. FOTO AFP.
Penyerang Barcelona Lionel Messi meraikan bersama trofi La Liga. FOTO AFP.
AFP

LIONEL Messi memastikan Barcelona merangkul gelaran ke lapan dalam 11 musim La Liga awal pagi ini tatkala menjaringkan gol tunggal perlawanan ketika pasukan itu mencatat kemenangan 1-0 ke atas, Levante.

Bintang Argentina itu menyumbat gol sebagai pendahulu jaringan liga itu dengan 34 gol selepas dimasukkan daripada bangku simpanan pada separuh masa kedua untuk membantu Barca memenangi kejuaraan liga dengan hanya berbaki tiga perlawanan.

Barca mendahului sembilan mata di depan pasukan di tempat kedua Atletico Madrid, namun kelab Catalans itu tidak berdepan cabaran mudah pencabar sengit mereka itu berdasar rekod lalu.

Ia adalah pencapaian ke 26 kejuaraan liga dan hampir menyamai rekod Real Madrid iaitu 33 di Sepanyol.

“Untuk menang kejuaraan liga dengan jarak dan jurang selesa agak sukar dengan pencabar yang ada. Kami sudah melakukannya dua tahun berturut-turut,” kata jurulatih Barca, Ernesto Valverde.

“Kami gembira dan melihat orang ramai seronok membuatkan kami berasa bangga. Namun kami masih mempunyai cabaran di masa depan.”

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 April 2019 @ 7:52 AM