AKSI Denmark (baju putih) ketika menentang Slovakia. -Foto EPA
AKSI Denmark (baju putih) ketika menentang Slovakia. -Foto EPA
Reuters

COPENHAGEN: Persatuan Bolasepak Denmark (DBU) mencapai persetujuan dengan kesatuan pemain yang membolehkan pemain utama beraksi bagi Liga Negara Eropah menentang Wales, Ahad ini.

DBU dan skuad senior pada awalnya gagal untuk mencapai perjanjian bersama tetapi kedua-dua pihak kemudian mencapai kesepakatan untuk perlawanan bertemu Wales di Aarhus.

Denmark terpaksa membariskan pasukan campuran terdiri daripada pemain yang beraksi di liga bawahan serta pemain futsal ketika mereka tewas 0-3 kepada Slovakia pada aksi persahabatan, Rabu lalu.

“Adalah sesuatu yang menarik buat bola sepak Denmark kerana sekarang kami dapat beraksi di Liga Negara Eropah bersama pasukan kebangsaan sebenar,” kata Pengerusi DBU, Jesper Moller.

Denmark yang menduduki ranking kesembilan dunia, melangkah hingga ke pusingan kedua Piala Dunia.

“Pemain kebangsaan sedia untuk membantu dan sekarang mereka boleh memberikan tumpuan kepada perlawanan bertemu Wales.”

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 September 2018 @ 11:13 AM