JUAN MARTIN DEL POTRO
JUAN MARTIN DEL POTRO

NEW YORK: Juan Martin Del Potro melangkah ke separuh akhir tenis Terbuka Amerika Syarikat (AS)  selepas mengenepikan John Isner dalam pertarungan sengit sebelum menang 6-7(5) 6-3 7-6(4) 6-2, di Stadum Arthur Ashe, pagi tadi.  

Selepas maraton selama tiga jam, 31 minit – saingan suku akhir itu dianggap cukup mencabar buat pemain yang terpaksa beraksi di dalam ‘sauna’ berikutan cuaca terlalu panas dan ekstrem. 

Cuaca yang mencecah 37.7C itu membuatkan kedua-dua pemain tinggi lampai – Del Potro dari Argentina dan pemain tuan rumah, Isner kelihatan tidak selesa namun kedua-duanya masih mampu melakukan 26 dan 14 servis aces.

Ia sudah memadai  buat Del Potro yang juga juara Terbuka AS 2009, untuk melangkah ke kelompok empat terbaik buat kali ketiga.

Dia bakal berdepan saingan sama ada Rafa Nadal atau pemain Austria yang juga pilihan kesembilan, Dominic Thiem yang bakal bertarung dalam satu lagi saingan suku akhir, pagi ini.

Dalam aksi tadi, Del Potro memiilik peluang terbaik untuk menang set pembukaan, tetapi pemain pilihan ketiga ini gagal sehinggalah Isner mengikat kedudukan 3-3 pada tie-break dan mendahului 1-0. 

Itu adalah kekalahan set pertama yang dilepaskan Del Potro di Terbuka AS pada tahun ini, sebelum dia bangkit untuk menang tiga set berturut-turut. – Reuters

 

 

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 September 2018 @ 7:19 AM