BINTANG bola sepak, Mohamed Salah (kiri) bersama Presiden Chechnya, Ramzan Kadyrov ketika melihat sesi latihan skuad Mesir. FOTO AFP
BINTANG bola sepak, Mohamed Salah (kiri) bersama Presiden Chechnya, Ramzan Kadyrov ketika melihat sesi latihan skuad Mesir. FOTO AFP
AFP

BINTANG bola sepak, Mohamed Salah menjadi tarikan pada Piala Dunia 2018 di Russia apabila gambarnya tersenyum bersama Presiden Chechnya, Ramzan Kadyrov ketika pasukannya Mesir menjalani latihan menjadi tajuk utama akhbar.  

“Mo Salah bangun daripada tidur, dan individu yang mempunyai sifat kejam itu boleh bergambar bersamanya ketika sesi latihan di Grozny, salah sebuah bandar di Russia” seperti dilapor akhbar tabloid British.”  

Kadyrov mendapat sokongan Presiden Russia, Vladimir Putin untuk memerintah Chechnya dengan sistem kuku besi yang mewujudkan kecaman berterusan daripada kumpulan hak asasi manusia.  

Menurut laporan akhbar, beliau berkunjung ke hotel penginapan pasukan Mesir untuk mengambil Salah dan menghantarnya ke stadium tempat latihan pasukan itu sebelum lebih 8,000 penyokong bersorak.  

Secara rasmi pasukan The Pharaohs itu memilih Grozny sebagai kem latihan Mesir biarpun kawasan itu tidak menganjurkan sebarang perlawanan bagi mengelak dari gangguan media ketika mereka mempersiapkan diri menghadapi saingan Piala Dunia selepas menunggu lebih 28 tahun.  

Memakai baju berwarna biru dan seluar sukan berwarna putih, Kadyrov memaklumkan Salah yang bermain untuk Mesir dan Liverpool itu adalah ‘pemain terbaik dunia dan seorang yang sempurna’.

Presiden Chechnya itu sendiri adalah seorang peminat yang gemar sukan seni mempertahankan diri.  

Di bawah pemerintahannya, Chechnya yang di dominasi penduduk Islam, masjid boleh didapati dengan mudah selepas kemusnahan bandar dan kampung akibat peperangan menentang kerajaan di Moscow.

 Pengurus pasukan Tajeddine Soultane berkata, mereka memilih hotel The Local yang terletak di Chechnya "kerana ia adalah bandar yang konservatif dan anda tidak akan bertemu dengan disko" malah mudah mendapatkan makanan halal yang menjadi keutamaan orang Muslim.  

Bagi pasukan itu, hubungan Salah-Kadyrov tidaklah begitu penting berbanding keinginan mereka untuk melihat pemain bintang itu pulih daripada kecederaan bahu menjelang perlawanan pembukaan Mesir menentang Uruguay dekat Ekaterinburg, Jumaat ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 Jun 2018 @ 10:32 AM