CLAUDE PUEL
CLAUDE PUEL
Reuters

PENGENDALI Leicester City Claude Puel berkata kelab itu perlu membuat perancangan untuk masa depan sekiranya mahu terus terselamat dalam Liga Perdana Inggeris yang dianggap seperti “kelab piranha”.

Leicester, juara musim 2015/16, hanya menang empat daripada 19 perlawanan liga terakhir mereka dan kekalahan 2-0 kepada West Ham hujung minggu lalu menambah tekanan ke atas pengendali dari Perancis itu, yang mengambil alih pasukan Oktober lalu berikutan pemecatan Craig Shakespeare.

“Liga Perdana seperti kelab piranha tetapi apa yang penting bagi saya ialah untuk membina demi masa depan,” kata Puel. “Mustahil untuk tampil seperti sebuah pasukan yang hebat hanya dalam tempoh enam bulan.”

Puel memberi contoh kelab lamanya, Southampton yang kini bergelut untuk kekal dalam liga tertinggi Inggeris itu selepas Mauricio Pellegrini dipecat dan digantikan dengan Mark Hughes.

“Saya menamatkan saingan di tangga kelapan bersama Southampton. Kita dapat lihat di mana mereka bermain sekarang,” katanya.

Leicester, yang kini di tangga kesembilan liga, melayan kunjungan Arsenal esok.

 

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 Mei 2018 @ 3:34 PM