PENGURUS Leicester City, Claude Puel. FOTO AFP
PENGURUS Leicester City, Claude Puel. FOTO AFP
AFP

CLAUDE Puel percaya dia masih dapat mengekalkan kedudukan sebagai pengurus kepada juara Liga Perdana 2016, Leicester City musim depan walaupun ada khabar angin mengatakan yang dia akan disingkirkan.

Pengurus berusia 56 tahun itu dipecat Southampton pada akhir kempen 2016/17 walaupun mara ke final Piala Liga dan menamatkan kedudukan di tangga kelapan.

Dia menegaskan bahawa dia tidak datang untuk menggantikan Craig Shakespeare pada Oktober lalu untuk menyelamatkan kelab di kedudukan elit dan kemudian meninggalkannya.

Puel yang meraih kejayaan ketika awal kerjayanya selaku jurulatih dengan mengetuai Monaco memenangi gelaran Liga Perancis 1 pada 2000 - melihat kedudukannya dipantau peminat dengan hanya lima kemenangan dalam 20 perlawanan terakhir.

Bagaimanapun dia akan menjadi jurulatih kedua The Foxes abad ini untuk membimbing pasukan itu menamatkan Liga Perdana Inggeris dalam kedudukan 10 terbaik.

“Kami akan lihat sama ada ia sesuai ataupun tidak tetapi saya dapat rasakan ia adalah antara perkara yang penting buat kelab,” kata Puel, 56, dengan pasukannya akan menamatkan kempen menentang Tottenham Hotspur, esok.

“Saya tidak datang ke sini hanya untuk beberapa perlawanan dan cuba menyelamatkan pasukan. Saya mahukan projek, bekerja dan membangunkan skuad.

“Sebagai contoh, kami  mungkin menamatkan saingan di kedudukan kesembilan atau kelapan, tetapi kami mengakhirinya dalam tempat 10 terbaik selama 18 tahun.”

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 12 Mei 2018 @ 9:58 PM