WIJNALDUM (duduk kanan) terima rawatan daripada pegawai perubatan. FOTO/AFP
WIJNALDUM (duduk kanan) terima rawatan daripada pegawai perubatan. FOTO/AFP
Reuters

LIVERPOOL: Pemain tengah Liverpool dari Belanda, Georginio Wijnaldum menyertai senarai kecederaan selepas terpaksa dikeluarkan ketika kemenangan Liga Juara-Juara ke atas Maribor, awal pagi tadi.

Wijnaldum dikeluarkan pada minit ke-17 ketika pasukannya menang 3-0 ke atas kelab Slovenia itu dan pengendali Liverpool, Juergen Klopp berkata, pemain berkenaan mengalami kecederaan buku lali.

Setakat ini, Liverpool sudah kehilangan pemain Brazil, Philippe Coutinho (paha) dan Adam Lallana (paha), manakala penyerang, Sadio Mane masih belum pulih daripada kecederaan hamstring.

“Pada separuh masa, saya terus melihat keadaannya dan buku lalinya sudah bengkak. Ia bukan petanda yang baik,” kata Klopp mengenai keadaan Wijnaldum, yang mungkin akan terlepas aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di West Ham United.

 WIJNALDUM (kiri) merembat bola ke gawang Maribor.  FOTO/AFP
WIJNALDUM (kiri) merembat bola ke gawang Maribor. FOTO/AFP

“Kami lihat insiden itu dan merasakan ia tidak terlalu serius. Kemudian ia membengkak. Kami tidak pasti jika ia terseliuh atau tidak. Yang pasti, kami perlu lakukan imbasan.

“Kami kehilangan tiga, dan selepas Gini dikeluarkan, empat daripada pemain paling kreatif dalam liga. Ia tidak menjadikan hidup anda lebih mudah, kerana apa yang dirancang sebelum perlawanan, perlu dilaksanakan oleh pemain lain.”

Coutinho dijangka masih belum dapat diturunkan bertemu West Ham, tetapi pertahanan Dejan Lovren, yang terlepas aksi Maribor kerana kecederaan paha, berpeluang untuk kembali bermain.

 WIJNALDUM (dua dari kiri) dikeluarkan pada minit ke-17.    FOTO/AFP
WIJNALDUM (dua dari kiri) dikeluarkan pada minit ke-17. FOTO/AFP

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 November 2017 @ 12:03 PM