PENYOKONG Spartak Moscow nyalakan suar. -FOTO/REUTERS
PENYOKONG Spartak Moscow nyalakan suar. -FOTO/REUTERS
Reuters

SLOVENIA: UEFA membuka prosiding tatatertib terhadap juara Russia, Spartak Moscow selepas suar yang dibaling hampir mengenai pengadil ketika aksi Liga Juara-Juara di Maribor.

PERLAWANAN terhenti seketika kerana asap suar. -FOTO/REUTERS
PERLAWANAN terhenti seketika kerana asap suar. -FOTO/REUTERS

Suar itu dibaling dari tempat duduk penonton yang hampir terkena pegawai dari Jerman, Deniz Aytekin ketika Spartak terikat 1-1 bersama juara Slovenia, Rabu lalu.

UEFA juga mengenakan tindakan kepada pengurus Sevilla, Eduardo Berizzo selepas di diperintah meninggalkan bangku pasukan dan pergi ke tempat duduk penonton oleh pengadil, Danny Makkelie kerana membaling bola keluar ketika pasukannya terikat 2-2 dengan Liverpool.

Berikutan itu, Berizzo akan digantung sekurang-kurangnya untuk pertemuan seterusnya apabila Sevilla menentang Maribor, kata UEFA menerusi laman sawang (www.uefa.com).

Badan Kawalan, Etika dan Disiplin UEFA akan menentukan hukuman kedua-dua kes itu pada 21 September.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 September 2017 @ 9:54 AM