Hernandez akan sertai skuad kendalian Slaven Bilic musim ini. FOTO AFP
Hernandez akan sertai skuad kendalian Slaven Bilic musim ini. FOTO AFP
BBC

KELAB Liga Perdana Inggeris (EPL) West Ham, hari ini melengkapkan kontrak £16j (RM89.2 juta) dengan menandatangani penyerang Javier Hernandez daripada kelab Jerman, Bayer Leverkusen.

Bekas penyerang Manchester United itu mengikat kontrak selama tiga tahun bersama The Hammers.

Hernandez begitu dikenali dengan gelaran Chicharito - bermakna 'kacang pea kecil' muncul penjaring terbanyak Mexico sepanjang zaman pada Mei lalu.

"EPL adalah liga terbaik dunia dan apabila peluang tiba, saya begitu terdesak untuk menandatangani kontrak bersama kelab ini," katanya.

Hernandez, 29, meledak 59 gol dalam 156 penampilan untuk United selepas tiba di Old Trafford pada 2010 sebelum menyertai Leverkusen dengan harga £7.3j (RM40.7 juta) pada Ogos 2015.

Dia menjaringkan 39 gol dalam 76 perlawanan bersama kelab Bundesliga itu.

"West Ham adalah kelab bersejarah dan sangat bercita cita tinggi," katanya.

"Saya menikmati tiga musim menyeronokkan bermain di Sepanyol dan Jerman tetapi England menjadi titik perubahan paling besar dalam karier dan saya gembira kembali semula."

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 Julai 2017 @ 1:43 PM