FAWWAZ sedang menyelesaikan tugasan semasa pertandingan berlangsung.
FAWWAZ sedang menyelesaikan tugasan semasa pertandingan berlangsung.
FAWWAZ sekali lagi membuktikan dia mampu untuk terus menorak langkah ke hadapan dalam bidang pengaturcaraan komputer.
FAWWAZ sekali lagi membuktikan dia mampu untuk terus menorak langkah ke hadapan dalam bidang pengaturcaraan komputer.
MINAT yang mendalam, disiplin dan fokus yang tinggi penting untuk menggarap minat individu.
MINAT yang mendalam, disiplin dan fokus yang tinggi penting untuk menggarap minat individu.
AWANG Hashim (dua dari kiri) menyampaikan hadiah kepada Fawwaz pada majlis Anugerah Kecemerlangan Worldskills Malaysia.
AWANG Hashim (dua dari kiri) menyampaikan hadiah kepada Fawwaz pada majlis Anugerah Kecemerlangan Worldskills Malaysia.
FAWWAZ membuktikan bidang pengatucaraan komputer dan web design boleh dikuasai dalam usia yang muda.
FAWWAZ membuktikan bidang pengatucaraan komputer dan web design boleh dikuasai dalam usia yang muda.
Suliati Asri
suliati@hmetro.com.my

Bidang pengaturcaraan komputer bukanlah satu bidang yang mudah. Inikan pula bidang 'web design' yang memerlukan pengetahuan yang lebih mendalam dalam bidang pengaturcaraan komputer.

Namun pelajar Sekolah Menengah Agama Islam Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (SMAIMAIWP), Fawwaz 'Arash Mohamad Fakhri, 15, berjaya menggondol pingat gangsa di IX National Skills Competition Online Junior 2021 Worldskills Rusia anjuran Worldskills Russia dalam kategori Web design.

Selain merangkul pingat emas dalam pertandingan Juniorskills Malaysia 2021 beliau membuktikan penguasaan dalam bidang pengatucaraan komputer dan web design boleh dikuasai dalam usia muda dan dalam tempoh yang singkat sekiranya peluang itu direbut serta digunakan sebaiknya.

Anak keempat daripada enam beradik lebih mesra disapa Fawwaz itu mula menunjukkan minat dalam bidang pengaturcaraan komputer sejak di sekolah rendah.

"Saya mula meminati bidang pengaturcaraan komputer terutama dalam 'coding' dan robotik selepas melihat perkongsian yang menarik dari beberapa Youtuber.

"Apabila melihat mereka berjaya menghasilkan sesuatu, ia cukup menggembirakan dan dari situlah saya semakin berminat dan ingin mencubanya sendiri," katanya.

Pendedahan terhadap dunia teknologi maklumat dan coding juga diperoleh menerusi penyertaannya dalam kelab robotik dan pelbagai program khas yang ada dikendalikan di sekolah.

Minat itu juga diteruskan apabila Fawwaz menjejakkan kaki ke sekolah menengah dengan mewakili sekolah dalam pertandingan robotik dan juga drone.

AWANG Hashim (dua dari kiri) menyampaikan hadiah kepada Fawwaz pada majlis Anugerah Kecemerlangan Worldskills Malaysia.
AWANG Hashim (dua dari kiri) menyampaikan hadiah kepada Fawwaz pada majlis Anugerah Kecemerlangan Worldskills Malaysia.

Berkongsi mengenai penyertaannya dalam IX National Skills Competition Online Junior 2021 Worldskills Rusia, menurut Fawwaz, dia sendiri terkejut dan tidak menyangka layak untuk menyertai pertandingan peringkat antarabangsa itu.

"Terkejut juga apabila dapat tahu terpilih untuk mengikuti pertandingan ini kerana saya tidak ada pengalaman bertanding di peringkat antarabangsa. Saya juga tidak begitu mahir dalam bahasa komputer dan web teknologi.

"Jadi, apabila pihak Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Kementerian Sumber Manusia menjemput untuk menyertai pertandingan di peringkat ini, saya risau tetapi dalam masa yang sama teruja," katanya yang menjadi peserta tunggal yang mewakili Malaysia.

Pertandingan itu turut membariskan peserta dari negara lain termasuk Rusia, Chinese Taipei, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Kazakhstan.

Berbeza dengan pertandingan yang pernah disertai sebelum ini, bidang web design memerlukan pengetahuan yang lebih mendalam dalam bidang pengaturcaraan komputer.

Bukan itu sahaja, pertandingan ini juga sangat menguji peserta untuk memahami soalan dengan teliti untuk memastikan hasil yang dibina adalah menepati kehendak panel juri. Situasi itu nyata memberi cabaran tersendiri buat Fawwaz.

Menurut Fawwaz, dia memang berdepan dengan cabaran lebih-lebih lagi bidang web design itu baru untuknya.

"Sebelum ini, saya banyak terdedah dengan robotik dan coding serta drone.Jadi apabila perlu bertanding dalam bidang web design ini, ia memberi sedikit kesukaran kepada saya.

"Web design ini memerlukan pengetahuan yang lebih mendalam dalam bidang pengaturcaraan komputer. Jadi, untuk pertandingan ini saya perlu memperlengkapkan diri dengan pelbagai bahasa pengaturcaraan komputer (programming language) seperti HTML, CSS, JAVASCRIPT, PHP,WORDPRESS, J-QUERY dan banyak lagi.

FAWWAZ sedang menyelesaikan tugasan semasa pertandingan berlangsung.
FAWWAZ sedang menyelesaikan tugasan semasa pertandingan berlangsung.

"Pertandingan ini juga sangat menguji peserta memahami soalan dengan teliti bagi memastikan hasil yang dibina adalah menepati kehendak panel juri," katanya.

Selain itu, cabaran ketika tempoh persediaan bukanlah mudah memandangkan pihak penganjur mengubah soalan pada saat terakhir.

Situasi itu sangat menduga Fawwaz untuk kekal bersemangat dan positif bagi terus berusaha dan mempersiapkan diri sebelum hari pertandingan berlangsung.

Kata Fawwaz, ada satu ketika dia hampir berputus asa namun atas dorongan ibunya, Siti Zamrood Sheikh Musa, dia bangkit kembali.

"Buat yang terbaik, mak akan sokong Fawwaz hingga ke akhirnya'. Inilah kata-kata pendorong yang akan menaikkan semangat untuk terus berjuang dalam apa juga.

"Selain itu, sokongan keluarga, sekolah dan pihak JPK juga adalah tonggak utama kekuatan saya untuk menyelesaikan misi demi mengharumkan nama negara," katanya.

Dengan pelbagai cabaran yang dilalui, apabila diumum sebagai pemenang pingat gangsa, Fawwaz akui dia sangat terkejut dan tidak menyangka akan berada di peringkat itu.

"Dalam pertandingan ini, peserta perlu menyiapkan modul tugasan yang diberikan dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan secara asli tanpa menggunakan sebarang kemudahan seperti menggunakan mana-mana template web design yang sedia ada.

"Namun, sebelum menghantar tugasan itu, ada sedikit kesilapan yang berlaku. Jadi, apabila diumum sebagai pemenang gangsa, saya betul-betul terkejut dan bersyukur dengan kejayaan ini," katanya.

FAWWAZ sekali lagi membuktikan dia mampu untuk terus menorak langkah ke hadapan dalam bidang pengaturcaraan komputer.
FAWWAZ sekali lagi membuktikan dia mampu untuk terus menorak langkah ke hadapan dalam bidang pengaturcaraan komputer.

Selepas memenangi pingat gangsa pada pertandingan antarabangsa, Fawwaz sekali lagi membuktikan dia mampu untuk terus menorak langkah ke hadapan dalam bidang ini dengan kejayaannya memenangi pingat emas dalam pertandingan Juniorskills Malaysia 2021 anjuran JPK.

Kejayaan itu juga membuktikan bahawa penguasaan dalam bidang pengatucaraan komputer dan web design boleh dikuasai dalam usia yang muda dan dalam tempoh yang singkat sekiranya peluang sebegini direbut dan digunakan sebaiknya.

Dengan minat yang mendalam, disiplin, fokus yang tinggi dan sokongan penuh juga bimbingan dari pihak seperti JPK sudah tentu generasi akan datang akan menjadi lebih berkeyakinan serta berkemahiran tinggi dalam bidang kemahiran yang mereka minati.

Sementara itu, bagi meraikan dan memberi pengiktirafan kepada peserta yang mencapai kejayaan dalam pertandingan kemahiran peringkat kebangsaan serta antarabangsa sepanjang 2021, JPK menganjurkan Majlis Anugerah Kecemerlangan Worldskills Malaysia 2021 baru-baru ini.

Timbalan Menteri Sumber Manusia merangkap Pengerusi Majlis Pertandingan Kemahiran Malaysia (MPKM), Datuk Awang Hashim berkata, pencapaian cemerlang peserta negara dalam pertandingan kemahiran peringkat antarabangsa tahun ini membuktikan program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) negara mampu melahirkan modal insan mahir yang berdaya saing dan memenuhi standard kemahiran antarabangsa.

"Pencapaian peserta negara di peringkat antarabangsa yang memenangi dua pingat emas dan dua gangsa dalam pertandingan jemputan IX WorldSkills Rusia National Competition adalah sesuatu yang amat membanggakan.

"Malah pencapaian cemerlang juga direkodkan di pertandingan WolrdSkills Asia Online Friendly Skills Game 2021 yang mana negara menduduki tempat keempat daripada 26 negara yang bertanding dengan memenangi satu pingat emas, tiga perak dan tiga Medallion for Excellence.

"Kejayaan ini juga adalah refleksi kepada kecemerlangan program, institusi dan tenaga pengajar TVET dalam melaksanakan program latihan berimpak tinggi," katanya.

MINAT yang mendalam, disiplin dan fokus yang tinggi penting untuk menggarap minat individu.
MINAT yang mendalam, disiplin dan fokus yang tinggi penting untuk menggarap minat individu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 November 2021 @ 8:55 AM