GAMBAR hiasan.
GAMBAR hiasan.
AL-FIQH

1. Jika di sebuah tempat itu terdapat beberapa jenis makanan yang dimakan oleh penduduk tempatan, yang mana lebih afdal dikeluarkan zakat?

Ketika tidak ada makanan yang menjadi kebiasaan untuk dimakan, maka bolehlah dipilih yang paling afdal iaitu lebih baik daripada yang lain.

Apa yang dinyatakan lebih baik itu adalah lebih mengenyangkan, bukan lebih pada nilai atau harganya.

2. Jika seorang wali atau bapa mengeluarkan hartanya untuk membayar zakat fitrah bagi anaknya yang kaya dan banyak harta, adakah boleh dia menuntut kembali daripada anaknya itu?

Harus bagi wali kanak-kanak, orang gila atau yang bodoh dan yang terencat akal mengeluarkan zakat fitrah bagi anaknya yang kaya.

Begitu juga diharuskan dia mengeluarkan zakat daripada harta orang di bawah jagaannya atau daripada hartanya sendiri.

Diharuskan dia menuntut kembali hartanya jika dia berniat ketika mengeluarkan zakat fitrah itu untuk menuntut kembali atau dia meminta dan su-dah mendapat kebenaran daripada pihak hakim untuk dirinya berbuat demikian.

Berlainan pula halnya jika anak itu sudah meningkat baligh atau orang lain yang tidak ada pertalian keluarga dengannya, maka tidak diharuskan dia berbuat demikian melainkan dengan izin mereka.

3. Jika seseorang makmum datang ke masjid untuk mengerjakan solat sunat hari raya namun dia mendapati khatib sedang membaca khutbah hari raya.

Adakah dia dikehendaki duduk mendengar khutbah atau dia perlu mengerjakan solat sunat hari raya?

Jika solat sunat hari raya itu dilakukan di kawasan lapang dan bukannya di dalam masjid, maka dia dikehendaki duduk mendengar khutbah jika masih banyak waktunya dan selepas itu dia mengerjakan solat sunat hari raya secara bersendirian.

Tetapi sekiranya solat sunat hari raya itu dilakukan dalam bangunan masjid, maka dia hendaklah mengerjakan solat sunat hari raya dan boleh juga disertakan dengan niat solat sunat tahiyat al-masjid.

4. Disunatkan mandi pada dua hari raya dan waktunya bermula dari tengah malam. Bagaimana sekiranya mandi sunat itu ditakhirkan hingga selepas solat sunat hari raya? Adakah masih disunatkan atau tidak?

Waktu diharuskan untuk mandi sunat hari raya bermula dari tengah malam, tetapi waktu yang disunatkan adalah selepas terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Sumber: Kitab Furu’ Al-Masa’il Wa Usul Al-Wasa’il oleh Maulana Al-Syeikh Daud Abdullah Al-Fathani dan disusun Datuk Abu Hasan Din Al-Hafiz

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 Jun 2019 @ 6:42 AM