ANTARA peserta daripada pelbagai Persatuan Wanita Negeri Sembilan yang berpakaian serba merah jambu dengan aktiviti mendaki di Bukit Batu Putih.
ANTARA peserta daripada pelbagai Persatuan Wanita Negeri Sembilan yang berpakaian serba merah jambu dengan aktiviti mendaki di Bukit Batu Putih.
Mohd Khidir Zakaria


Kaum wanita seharusnya meningkatkan kesedaran berkenaan bahayanya kanser payudara yang kini antara ancaman kepada kepada wanita di semua peringkat usia.

Ketua Pegawai Eksekutif KPJ Seremban, Nor Aidil Ikram Muhamad berkata, program yang diadakan baru-baru ini bertujuan meraikan lebih 65 peserta daripada pelbagai Persatuan Wanita Negeri Sembilan.

Mereka berpakaian serba merah jambu dengan aktiviti mendaki di Bukit Batu Putih, Port Dickson, Negeri Sembilan.

"Program ini dinamakan 'Pink Hike' anjuran Hospital Pakar KPJ Seremban untuk meningkatkan kesedaran kanser payudara yang mana pelepasan peserta disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Tanjung, Dr G Rajasekaran, selaku Adun Sri Tanjung.

"Selain itu, persatuan wanita yang turut terbabit dalam aktiviti ini termasuk Persatuan Keluarga Polis Wanita (PERKEP), Persatuan Suri dan Wanita Anggota Bomba dan Penyelamat Malaysia (PERISMA), Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) dan beberapa agensi kerajaan daripada syarikat korporat serta sekolah sekitar Negeri Sembilan," katanya.

NOR Aidil Ikram (kiri) menyampaikan cenderahati kepada Dr G Rajasekaran selepas mengadakan aktiviti mendaki di Bukit Batu Putih.
NOR Aidil Ikram (kiri) menyampaikan cenderahati kepada Dr G Rajasekaran selepas mengadakan aktiviti mendaki di Bukit Batu Putih.

Katanya, ini adalah tahun pertama program seumpama ini dilaksanakan dengan sambutan yang amat menggalakkan daripada agensi agensi serta persatuan yang terbabit.

"Tujuan program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran kanser payudara supaya wanita terutamanya yang menghadapi permasalahan penyakit yang boleh membawa maut.

"Hari ini, kita secara tidak langsung berjaya memenuhkan Bukit Batu Putih dengan warna merah jambu sebagai simbolik kepada program yang khusus bagi wanita supaya sentiasa berwaspada dengan serangan penyakit yang berbahaya ini," katanya.

Nor Aidil Ikram berkata, selain aktiviti mendaki ini, KPJ Seremban juga mengadakan Sesi Bual Bicara dan Minum Petang bersama Pesakit Kanser diacarakan selebriti terkenal yang juga artis tempatan, Fahrin Ahmad.

"Sesi ini bertujuan berkongsi kesedaran berkenaan bagaimana pesakit berjuang untuk melawan kanser payudara.

"Bagi mangsa penyakit ini, mereka tahu betapa pentingnya sokongan ahli keluarga dalam memberikan motivasi kepada pesakit bagi menempuhi kehidupan harian mereka yang bermain dengan perasaan yang sukar untuk digambarkan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 Oktober 2023 @ 6:46 AM