MOHD Shukri (baju putih kiri) bersama penduduk Bayu Damansara terbabit aktiviti memasak bubur asyura.
MOHD Shukri (baju putih kiri) bersama penduduk Bayu Damansara terbabit aktiviti memasak bubur asyura.
HM Digital

SAMBUTAN Bulan Kemerdekaan anjuran Persatuan Penduduk Bayu Damansara dimeriahkan dengan acara memasak bubur asyura pada Sabtu lalu.

Aktiviti yang dijayakan secara bergotong-royong itu mengimbau kembali budaya kampung terutama memupuk semangat kerjasama dan berganding bahu yang semakin sepi dalam kalangan penduduk bandar.

Dua kawah bubur asyura disediakan seawal 7.30 pagi dengan penyediaannya membabitkan golongan muda dan tua. Tapak lokasi, gazebo dan khemah pula dihias indah dengan Jalur Gemilang oleh remaja.

Acara turut diserikan dengan tema busana batik dan semutar di mana lelaki mengenakan lilit kepala dari tradisi Melayu Kelantan sementara wanita pula berselempang batik.

KANAK-kanak menyertai aktiviti mencanting batik atas permukaan kayu.
KANAK-kanak menyertai aktiviti mencanting batik atas permukaan kayu.

Menurut Naib Presiden Persatuan Penduduk Bayu Damansara dan Pengarah Program,

Mohd Shukri Mustaffa, sambutan penduduk setempat untuk program julung kali diadakan itu amat menggalakkan selain merapatkan hubungan silaturahim.

Program turut diselitkan dengan demonstrasi aktiviti mencanting batik oleh artis 'freelance' tersohor, Aziz Ma'as. Uniknya artis seni itu mencanting batik atas kayu, tidak seperti kebiasaan dilakukan atas kain.

Pada masa sama, menu istimewa kari kambing sumbangan penyumbang budiman disediakan untuk juadah makan tengah hari.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 September 2022 @ 6:41 AM