SUMBANGAN pek makanan harian kepada 230 keluarga yang terjejas di Pulau Langkawi.
SUMBANGAN pek makanan harian kepada 230 keluarga yang terjejas di Pulau Langkawi.

Yayasan Tropicana adalah inisiatif kebajikan di bawah Tropicana Corporation Berhad, menyumbang pek makanan harian kepada 230 keluarga yang terjejas di Pulau Langkawi, Kedah.

Sumbangan itu membabitkan lebih 1,500 kilogram (kg) makanan harian seperti beras, minyak masak, makanan dalam tin, mi segera, telur, biskut, Milo peket, gula dan sebagainya.

Ia diserahkan sendiri wakil pihak Tropicana kepada Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Langkawi, Pusat Jagaan Pertubuhan Anjung Kasih (Boys' Home) dan Jawatankuasa Pengurusan Komuniti Kampung (JPKK) Kampung Ewa.

Pengarah Urusannya Dion Tan berkata, pihaknya sentiasa menyokong penuh kerja amal kebajikan berterusan yang dilakukan Yayasan Tropicana dalam membantu masyarakat yang memerlukan di Langkawi.

Kata Dion, pihaknya melebarkan sayap ke pulau itu dengan memperkenalkan suites perkhidmatan di hadapan laut, Tropicana Cenang.

"Sebagai pembina komuniti, adalah komitmen jangka panjang kami untuk berkhidmat dan meningkatkan kehidupan.

"Namun, ketika berdepan cabaran seperti hari ini, kami mahu tampil membantu meringankan beban masyarakat setempat.

"Diharapkan, sumbangan berkenaan sedikit sebanyak dapat meringankan beban kewangan keluaga yang terjejas," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 November 2021 @ 6:35 AM