RONA terang mampu menonjolkan identiti yang berani.
RONA terang mampu menonjolkan identiti yang berani.
Hafiz Ithnin

KETIKA menyarung pakaian seharian, kadangkala terasa bosan dengan penampilan. Mungkin kerana gaya yang sama.

Penganalisis fesyen, Faizal Hamid berkata, setiap orang sememangnya perlu ada keyakinan diri bagi menjadikan penampilan tampak hebat.

"Melalui pembacaan, pengalaman dan eksperimentasi secara automatik akan dapat menilai kesesuaian sesuatu rekaan itu dengan kita.

"Paling penting kita ada semangat ingin mencuba. Justeru, saya kongsikan panduan gaya supaya tampil segar dan anggun sentiasa," katanya.

1. Penampilan sut putih lebih chic

Untuk tampil menyerlah, padankan seluar dalam rona terang dengan blaus bercorak. Anda boleh bereksperimen dengan kombinasi warna, tetapi jangan keterlaluan, kerana takut nampak pelik.

Jangan takut untuk memakai sut putih. Sut rona putih akan berikan penampilan klasik dalam kelas yang tersendiri.

Elakkan fabrik yang terlalu lembut dan nipis, sebaliknya pilihlah fabrik berat sedikit seperti kain kapas serta linen.

Seimbangkan seluar yang sememangnya punyai aura maskulin dengan blaus feminin. Antara rekaan menarik adalah blaus diperbuat daripada sifon dengan kolar Peter Pan dan lengan gelembung.

SUAI padan dan kreativiti dalam pemakaian mampu menonjolkan identiti diri sendiri.
SUAI padan dan kreativiti dalam pemakaian mampu menonjolkan identiti diri sendiri.

2. Jam tangan dan aksesori mewah di pasaran global

Seperti juga beg tangan, jam tangan kini cukup menjadi perhatian dalam pasaran mewah antarabangsa. Apa yang unik, jam tangan berjenama adalah aksesori mewah yang tiada sempadan.

Paling penting apabila digayakan, ia tidak bertentangan dengan mana-mana kepercayaan (agama) atau akan merosakkan peradaban pakaian tradisi.

Dalam pasaran mewah antarabangsa, jam tangan ini dilihat sebagai simbol status utama seseorang. Cuma bezanya cita rasa dan harga. Pilihan anda bagaimana? Tepuk dada tanya selera.

3. Wanita dan kasut

Membeli kasut dan beg memberikan cukup kepuasan yang tinggi kerana pulangannya adalah cukup hebat. Sepasang kasut dan dompet cantik menawan dapat menarik perhatian dan mengagumkan mereka yang memandang.

Dari sudut praktikalnya pula, kebanyakan wanita lebih suka memilih kasut dan beg ketika membeli-belah kerana ia lebih mudah daripada memilih pakaian.

Wanita tidak perlu risau berkenaan masalah 'fitting' baju sama ada terlalu ketat, longgar atau apa sahaja, tidak perlu untuk menanggalkan pakaian dan tidak perlu menghabiskan masa dalam bilik menukar pakaian.

PILIH potongan rambut yang mudah untuk digayakan.
PILIH potongan rambut yang mudah untuk digayakan.

4. Potongan rambut sempurna

Sememangnya potongan rambut yang tepat dan sempurna dapat menyerlah serta memberi ilusi mata yang lebih bersinar, menjadikan wajah kelihatan lebih cantik dan membuatkan anda nampak lebih muda.

Potongan rambut yang hebat kadangkala mungkin agak mahal dan memerlukan anda berbelanja lebih, tetapi hasilnya mempengaruhi keseluruhan penampilan anda.

Untuk lebih jimat dan praktikal, dapatkan potongan rambut yang boleh diurus dan digayakan sendiri pada bila-bila masa.

Elakkan daripada memilih potongan yang hanya kelihatan cantik apabila mendapat sentuhan profesional untuk menggayakannya.

Anda juga perlu mempunyai idea penggayaan yang bagus dan kreatif untuk waktu-waktu kecemasan, mana tahu tiba-tiba hujan, angin kencang melanda atau pun apabila di masa anda sudah terlalu lama tidak ke salon rambut.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 20 Ogos 2021 @ 6:30 AM