MAGGI lancar fasa kedua program tingkat kemahiran golongan hawa.
MAGGI lancar fasa kedua program tingkat kemahiran golongan hawa.
Hafiz Ithnin


MAGGI meraikan ketabahan wanita Malaysia dengan melancarkan fasa kedua Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI sempena Hari Wanita Antarabangsa 2021.

Program ini berikutan kejayaan program yang dilancarkan pada tahun lalu apabila menerima penyertaan lebih 900 wanita.

Ia bertujuan meningkatkan kemahiran wanita dan membina keyakinan diri mereka untuk mencuba sesuatu yang baharu, sama ada dalam masakan, kehidupan atau perniagaan.

Kini MAGGI mengambil langkah untuk menilai perubahan dan keperluan kritikal wanita ketika pandemik Covid-19 serta mengumpul maklum balas peserta yang menyertai Bengkel Online Wanita Cukup Berani MAGGI tahun lalu.

Bersandarkan maklumat itu, MAGGI akan melancarkan modul baharu 'Masterclass: Cara Menjayakan Perniagaan Makanan' untuk wanita yang berminat memulakan atau menambah baik perniagaan makanan mereka yang sedia ada.

Diterajui usahawan dan mentor Program Mentor Wanita Cukup Berani 2021 MAGGI, Anne Idris dan Chef MAGGI, Chef Muluk.

Masterclass ini adalah sesi eksklusif untuk memberi bimbingan mendalam dan tip bagi meningkatkan kemahiran memasak dan keusahawanan asas buat usahawan makanan serta mereka yang ingin memulakan perniagaan makanan sendiri.

Peserta berpeluang untuk menyertai program bimbingan peribadi yang unik ini, menyampaikan idea perniagaan mereka dan akhirnya menerima modal benih dari MAGGI Malaysia untuk merealisasikan impian perniagaan masing-masing.

Pegawai Eksekutif Perniagaan MAGGI®, Nestlè (Malayisia) Berhad, Geetha Balakrishna berkata, Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI bermula dengan hasrat untuk memberi inspirasi dan mendorong wanita Malaysia membina keyakinan serta memperkasakan kemahiran diri.

"Sambutan menggalakkan dan maklum balas positif yang kami terima pada tahun lalu memberi inspirasi dan mendorong kami untuk menggandakan lagi impak program ini.

"Kami manfaatkan motivasi ini kepada tindakan dengan memperluaskan bengkel, menambah kandungan baharu yang relevan dan memperkenalkan modul Masterclass tahun ini," katanya.

Tambah beliau, ia adalah komitmen untuk terus membangunkan usaha yang memberi impak kepada lebih ramai wanita dan menangani pelbagai keperluan mereka.

MAGGI memperluaskan kandungan bengkel tiga hari tahun ini yang menampilkan modul digital dipertingkatkan melalui Jurulatih Bertauliah Google untuk menyampaikan kemahiran digital yang praktikal dan cara untuk menambah baik penggunaan media sosial dalam perniagaan.

Peserta juga berpeluang untuk mengikuti sesi yang lebih interaktif bersama mentor kegemaran mereka, Datin Paduka Eina Azman, Sheila Rusly dan Anne Idris.

Bengkel Online Wanita Cukup Berani MAGGI bermula dari 6 hingga 8 April ini, diikuti dengan bengkel kedua dari 13 hingga 15 Julai depan dan bengkel terakhir diadakan pada 12 hingga 14 Oktober depan.

Untuk maklumat lanjut mengenai Program Mentor Wanita Cukup Berani 2021 MAGGI dan pendaftaran bengkel, sila log masuk kehttps://www.maggi.my/ms/aktiviti-maggi/maggi-cukup-rasa.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 April 2021 @ 6:47 AM