WILDANI mengajar Zaleha mengenai teknik jahitan memastikan kemasan pelitup muka mengikut spesifikasi rekaan.
WILDANI mengajar Zaleha mengenai teknik jahitan memastikan kemasan pelitup muka mengikut spesifikasi rekaan.
Nurul Husna Mahmud


KESAN penularan pandemik Covid -19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) cukup memberi kesan kepada pendapatan golongan B40.

Justeru, dalam meneruskan kelangsungan hidup, apa sahaja peluang yang menjana pendapatan asalkan halal diibaratkan sebagai rezeki terpijak.

Antara yang turut terkesan ialah tukang jahit sepenuh masa, Zaleha Bujang, 53, apabila jumlah tempahan baju diterima berkurangan berbanding tahun sebelumnya.

"Raya tahun lalu disebabkan pandemik, hasil pendapatan saya terjejas teruk kerana tidak ramai yang menempah baju selain membeli-belah kain seperti tahun-tahun sebelumnya.

"Biasanya tiga bulan sebelum raya memang paling sibuk selain anak-anak turut dapat duit belanja tambahan apabila membantu saya 'menyembat' baju.

"Jadi, apabila KainKoncept tawar saya dan rakan wanita yang juga penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Pantai, Kuala Lumpur untuk menjahit pelitup muka, saya rebut peluang berkenaan," katanya yang juga antara lima tukang jahit wanita yang terbabit dalam pembuatan pelitup muka dihasilkan kumpulan usahawan sosial itu sejak Disember lalu.

Tambah Zaleha yang juga anak kelahiran Felda Triang, Bera, Pahang itu dia menghargai peluang diberikan KainKoncept apabila dapat mempelajari skil jahitan baharu.

PROJEK Kot Makmal menjadi beg.
PROJEK Kot Makmal menjadi beg.

"Bukan sahaja dapat jana pendapatan sampingan, malah nila

i tambah iaitu skil baharu dipelajari daripada golongan muda.

"Pelitup muka berbeza dengan rutin saya menjahit baju. Ada pola dan rekaan tertentu membuatkan teknik jahitan berbeza daripada kerja saya sebelum ini.

"Masa mula-mula, saya hanya dapat hasilkan sekitar tiga pelitup muka tetapi sekarang satu hari sudah mampu menyiapkan lapan pelitup muka dalam tempoh satu jam," katanya setiap minggu ditugaskan menjahit sekitar 20 pelitup muka.

Bagi pereka KainKoncept Wildani Mohd Zamri, 24, rekaan ditampilkan turut mengambil kira keperluan wanita yang mana tidak mahu solekan mereka melekap pada pelitup yang dipakai.

"Dari segi rekaan, saya bertanggungjawab untuk buat pola selain buat prototaip dengan menggunakan material sesuai seperti kapas selesa.

"Saya akan turut berbincang dengan dua lagi ahli pasukan, Ng Yee Luan, 25, dan Paul Birly, 24, untuk menyumbang idea terhadap rekaan unik pelitup muka yang dikeluarkan KainKoncept," katanya.

Selain melihat fesyen sebagai produk dalam menjana pendapatan, nilai utama mahu ditekankan ialah nilai lestari menerusi pemakaian pelitup muka boleh dibersihkan.

Kata Paul, dia dan Ng pernah menjalankan satu projek menggunakan fabrik terpakai untuk menghasilkan beg.

"Sebelum KainKoncept, kami terlebih dahulu pernah menjalankan satu inisiatif dipanggil Kain Movement yang mana menaik taraf nilai kot makmal lama dengan menjadikan tote bag.

"Kami mahu melihat daripada barangan yang lama atau terpakai boleh dijadikan produk baharu dengan sedikit sentuhan inovasi unik untuk memberi nilai komersial," katanya.

BERBINCANG mengenai rekaan unik pelitup muka sesuai bagi wanita yang mahu menjaga solekan meskipun mengenakan pelitup muka.
BERBINCANG mengenai rekaan unik pelitup muka sesuai bagi wanita yang mahu menjaga solekan meskipun mengenakan pelitup muka.

Sementara itu, Ng pula melihat pinsip lestari seperti kaedah kitar semula adalah contoh terbaik boleh menjimatkan.

"Dalam hal tertentu seperti pelitup muka pula berbeza kerana perlukan material baharu selain

mengikut standard yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di samping kebersihan sebagai keutamaan dalam tempoh pandemik.

"Namun prinsip penggunaan masih memenuhi idea 'lestari' apabila pelitup muka KainKoncept menggunakan fabrik kapas ini masih boleh dicuci," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 Mac 2021 @ 6:16 AM