ANTARA bahan yang perlu disediakan.
ANTARA bahan yang perlu disediakan.
Fairul Asmaini Mohd Pilus

SETIAP kali tibanya Ramadan, hidangan popular masyarakat pantai timur seperti ayam percik sering kali menjadi pilihan.

Selain nasi putih, ayam percik juga sesuai dinikmati bersama nasi kerabu.

Rasanya yang lemak berkuah menambat selera pelbagai lapisan masyarakat.

Bagi yang ingin mencuba, pembaca Harian Metro yang juga pengusaha Nory Catering dari Ampang, Selangor Noriah Idris berkongsi resipi mudah untuk menyediakan hidangan Ayam Percik Jeliro Kelantan.

MENYELERAKAN hidangan ayam percik yang sememangnya digemari ketika Ramadan.
MENYELERAKAN hidangan ayam percik yang sememangnya digemari ketika Ramadan.

Bahan-bahannya:

1) Seekor ayam seberat 1.9 kilogram ke atas dan dibelah dua atau potong 12.

Bersih dan perap dengan garam kunyit kira kira 20 minit.

Kemudian bakar atau panggang ayam itu selama kira-kira 30 minit dan ketepikan.

Sementara menunggu ayam masak, bolehlah menyiapkan kuah terlebih dahulu.

Bahan untuk kuah:

1) Sekilo santan (kalau santan kotak, setengah kilo dan boleh campur dengan air secawan setengah air)

2) Tiga ulas bawang merah (guna bawang sederhana besar) *

3) Tiga ulas bawang putih *

4) Tiga batang serai

5) Tiga sudu air asam jawa

6) Tiga biji cili api kampung (sekiranya suka pedas) *

7) Enam tangkai cili kering (dikisar)*

8) Satu inci halia (dikisar) *

9) Satu setengah inci halia (diketuk)

10) Dua cawan air

Semua bahan bertanda *perlu dikisar.

Cara membuat kuah:

1. Masakkan santan di dalam periuk dan biarkan ia sehingga mengeluarkan minyak. Selepas itu, masukkan cili kering dan cili api yang dikisar, masak seketika.

2. Kemudian masukkan semua bahan bertanda * yang dikisar ke dalam periuk tadi dan biarkan hingga mendidih. Jika menggunakan santan kotak, ia tidak menghasilkan minyak.

3. Untuk itu, masukkan sedikit minyak masak dulu ke dalam periuk sehingga panas, kemudian masukkan semua bahan bertanda * .

4. Guna tiga atau empat sudu minyak masak. Kacau semua bahan itu hingga naik bau.

5. Masukkan halia (yang diketuk) dan serai diikuti secubit garam dan gula sesedap rasa (boleh juga masukkan sedikit perencah ajinomoto atau gantikan dgn perencah Secukup Rasa)

6. Biarkan mendidih hingga tiga kali.

7. Pastikan santan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.

8. Bila sudah masak, sejukkan kuah.

9. Kuah boleh disapu di atas ayam yang sudah siap dibakar atau panggang dan jika inginkan kelainan, ia boleh dihidangkan secara berasingan.

10. Sedia dihidang.

AYAM Percik Kelantan yang disediakan Noriah.
AYAM Percik Kelantan yang disediakan Noriah.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 April 2020 @ 6:30 AM