BAGI ibu berkerjaya, penyediaan makanan yang cepat, ringkas dan sedap menjadi keutamaan buat mereka terutama ketika musim cuti sekolah ini.

Kini, anda hanya memerlukan lima minit dengan tiga langkah mudah bersama Maggi Pazzta bagi menyediakan sepinggan pasta yang lazat di rumah.

Ini adalah jenama pasta pertama disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang boleh didapati dengan dua perisa, Makaroni Keju dan Penne Cendawan.

Istimewanya, pasta yang boleh disediakan dengan pantas ini diperbuat daripada 100 peratus tepung gandum semolina mengandungi serat pemakanan yang baik. Bagi yang sukakan rasa unik, bolehlah mencuba Makaroni Keju yang diperbuat daripada keju dan ditabur jagung manis, manakala Cendawan Penne mengandungi ketulan cendawan sebenar serta keju khusus buat penggemar cendawan.

Pegawai Eksekutif Perniagaan Unit Perniagaan Maggi, Nestle (Malaysia) Berhad, B Geetha berkata, pasta adalah satu daripada 10 sajian utama yang paling kerap dicari rakyat Malaysia di dalam talian. Kini ia menjadi pilihan makanan yang semakin popular dalam kalangan keluarga di Malaysia.

“Produk terbaharu ini memberi jalan penyelesaian yang mudah buat rakyat Malaysia untuk membuat pasta lazat di rumah.

“Kehadiran Pazzta yang cepat dimasak dan diperbuat daripada ramuan bermutu tinggi ini membolehkan ibu bapa menyediakan sajian pasta kegemaran dengan tiga langkah mudah dalam masa lima minit,” katanya.

Produk terbaharu itu kini boleh didapati di semua pasar raya, pasar raya besar dan gedung utama di Semenanjung pada harga RM3.30 sepeket.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 Disember 2019 @ 6:00 AM