PILIHAN Aishah dan suami berbaloi apabila turut terpilih memenangi  Perodua Myvi dan hadiah wang tunai.
PILIHAN Aishah dan suami berbaloi apabila turut terpilih memenangi Perodua Myvi dan hadiah wang tunai.
Sri Ayu Kartika Amri


MEMILIKI rumah sendiri menjadi impian semua apatah lagi bagi mereka yang sudah berkeluarga.

Namun, diakui untuk membeli kediaman terutama rumah pertama bukan mudah dan perlu melalui pelbagai proses yang mengambil masa panjang.

Ia membabitkan komitmen kewangan dalam tempoh panjang dan sudah pastinya persediaan teliti perlu dilakukan.

Antara persediaan awal yang perlu dilakukan ialah membuat kajian terlebih dahulu mengenai jenis rumah, lokasi, harga pasaran semasa dan kemudahan disediakan.

Demi kehidupan lebih selesa, Aishah Elizabeth Butod, 39, dan suami sepakat membeli rumah pertama mereka iaitu di 99 Residence@KL North oleh pemaju JL99 Group.

Kakitangan awam yang berasal dari Sabah itu berkata, dia dan suami mencari rumah di sekitar Lembah Klang kerana bekerja di Kuala Lumpur.

"Sebelum membeli rumah, kami banyak membuat tinjauan dan kajian untuk memastikan rumah pertama yang dibeli berbaloi dengan pelaburan dilakukan.

"Pertama sekali kami cari rumah di lokasi strategik kemudian harga di sekitar yang mana paling berpatutan dan lebih penting pemaju juga mempunyai reputasi baik.

PEMBELIAN kediaman pertama bukan saja berbaloi, malah terpilih memenangi kereta serta wang tunai.
PEMBELIAN kediaman pertama bukan saja berbaloi, malah terpilih memenangi kereta serta wang tunai.

"Akhirnya saya dan suami sepakat membeli rumah ini kerana saya belum pernah dengar mana-mana pemaju menawarkan begitu banyak hadiah cabutan bertuah yang menarik," katanya.

Pilihan Aishah dan suami untuk membeli rumah itu pada 2020 nyata berbaloi apabila dia turut terpilih sebagai pembeli bertuah untuk memenangi Perodua Myvi dan hadiah wang tunai.

Menurut Aishah, selain harga berpatutan serta kualiti pembinaan, dia tertarik dengan tawaran hadiah oleh pemaju iaitu pembeli berpeluang memenangi rumah bernilai RM490,500 dan dua kenderaan jenis Perodua Aruz serta Perodua Myvi.

Katanya, rumah berkenaan dibeli tanpa deposit dan sebelum mendapat cabutan kereta serta RM3,000, dia turut memenangi cabutan bertuah berupa wang tunai lebih RM2,000 yang ditawarkan pemaju.

REKAAN rumah yang memenuhi cita rasa dan keperluan Aishah sekeluarga.
REKAAN rumah yang memenuhi cita rasa dan keperluan Aishah sekeluarga.

"Selain itu, saya juga menikmati Perjanjian Jual Beli (SPA), duti setem percuma dan diskaun tujuh peratus Bumiputera.

"Insya-Allah saya akan dapat kunci rumah pada suku pertama 2024 dan sudah pasti saya mencadangkan kepada keluarga serta rakan membeli rumah daripada pemaju yang dipercayai.

"Lebih penting kita perlu membuat kajian dan perbandingan dahulu kediaman yang hendak dibeli terutama rumah pertama," katanya yang juga pegawai kastam.

Mengulas lanjut, Aishah berkata, unit rumah berkenaan turut dilengkapi kabinet dapur, penyaman udara di bilik utama dan ruang tamu.

RUMAH moden untuk golongan muda hari ini.
RUMAH moden untuk golongan muda hari ini.

Katanya, keunikan projek perumahan itu membuatkan dia tertarik menjadikan unit kediaman berkenaan sebagai rumah pertama kerana direka untuk memenuhi penginapan sendiri.

"Ia hadir dalam reka bentuk dinamik kontemporari dengan lebih 48 kemudahan umum dan kawasannya juga luas menjadikan projek rumah ini antara terbaik di Lembah Klang.

"Malah, ia terletak di lokasi strategik selain ada flyover (jejambat) eksklusif bagi memudahkan akses penghuni dan pelawat melalui Jalan Lingkaran Tengah Kedua (MRR2)," katanya.

Selain itu, rumah itu juga memiliki lima zon kemudahan yang terletak di aras satu, aras 10 dan aras atas bumbung di mana aras satu ialah The Park yang mempunyai laluan joging dan laluan pejalan kaki yang indah.

ILUSTRASI panorama di persekitaran rumah Aishah.
ILUSTRASI panorama di persekitaran rumah Aishah.

Manakala Zon Aqua dan taman terletak di aras 10 dengan kemudahan seperti kolam lagun serta taman permainan kanak-kanak, stesen kecergasan, bilik aerobik, gelanggang skuasy dan dewan serbaguna dengan gelanggang badminton.

Kata Aishah, dia juga tertarik dengan rekaan kolam langit infiniti di tingkat 53A yang menawarkan kawasan Sky BBQ, Sky Party Lounge, Sky Bridge (menghubungkan Blok B dengan Blok C) dan Sky Pavilion.

"Rumah ini hadir dengan empat reka bentuk susun atur binaan menarik dengan keluasan 900 hingga 1,380 kaki persegi.

"Setiap unit mempunyai juga dilengkapi sekurang-kurangnya dua tempat letak kereta bersebelahan. Semua itu antara faktor mengapa saya memilih kediaman ini sebagai pelaburan rumah pertama," katanya.

99 Residence@KL North.
99 Residence@KL North.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 November 2023 @ 6:30 AM