BATMOBILE kali ini berkonsepkan ala 'muscle car'.
BATMOBILE kali ini berkonsepkan ala 'muscle car'.
Nazarali Saeril


BUKAN kaleng-kaleng ya. Kenderaan atau 'Batmobile' baharu watak adiwira, Batman dalam filem The Batman kelihatan garang, bersisi lebih gelap dan yang pasti, ramai yang berimpian mahu memilikinya.

Lihat saja badannya yang sasa, dengan enjin padu berkuasa umpama tujahan roket, siapa yang tidak mahu memandu kenderaan seperti ini.

Tidak perlu penyaman udara, yang penting, tingkap sentiasa terbuka luas untuk pengudaraan selain 'menayang' wajah 'macho' si pemandu.

Bagaimana kenderaan ini diilhamkan sebelum direalisasikan sebagai satu lagi kenderaan ikonik Batman?

Batmobile yang memiliki ciri serta pengaruh 'muscle car' ini diilhamkan oleh artis model konsep terkenal di Hollywood iaitu Jeff Frost.

Ada juga yang mengatakan ia diinspirasikan daripada Chevrolet Camaro, namun lebih panjang.

ENJIN bahagian belakang Batmobile cukup berkuasa.
ENJIN bahagian belakang Batmobile cukup berkuasa.

Pengaruh kereta era 60-an yang menjadi ikonik hingga kini seperti Dodge Viper selain Mustang juga dapat dilihat pada Batmobile ini.

Lihat saja bentuk badan Batmobile ini, ia lebar, panjang malah cukup licin daripada bahagian depan hingga ke belakang.

Ditambah dengan tayar besar, bampar berperisai, ekzos sisi, berkelajuan tinggi, tahan lasak-ia adalah pakej lengkap untuk kegunaan 'si penguasa malam' ini.

BATMOBILE terbaharu dalam The Batman.
BATMOBILE terbaharu dalam The Batman.

Enjin yang 'meletup-letup' selain mengeluarkan percikan api menambah kegarangan Batmobile hitam ini.

Dengan begitu banyak modifikasi, rupa kenderaan ini berubah daripada kereta yang agak 'sopan santun' menjadi umpama 'kereta perisai'.

Lihat saja enjin di bahagian belakang kenderaan ini yang bukan saja terdedah, namun kelihatan cukup berkuasa.

KETEPI Dominic Toretto, Batman kini mendominasi.
KETEPI Dominic Toretto, Batman kini mendominasi.

Jika dalam dunia realiti, mungkin ia enjin roket.

Ada yang mahu menonton filem ini kerana pelakonnya, namun pasti ramai juga yang hanya mahu melihat Batmobile ini beraksi.

Jika selepas menonton filem 'Fast and Furious', ramai yang tiba-tiba menjadi 'Dominic Toretto' ketika di jalan raya.

Kali ini, selepas menonton The Batman, mungkin ada yang terbawa-bawa memandu umpama Batman.

Jika semuanya mahu menjadi Batman, siapa yang mahu menjadi 'Catwoman' yang lebih 'gegirl'.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 Februari 2022 @ 6:40 AM