PASTIKAN gear rendah ketika meredah banjir.
PASTIKAN gear rendah ketika meredah banjir.
Lizam Ridzuan


MUSIM tengkujuh yang melanda negara menyebabkan beberapa negeri dilanda banjir.

Akibat kerosakan harta benda, persediaan perlu diambil bagi mengurangkan kos kerugian.

Buat mereka yang tinggal di kawasan berisiko dilanda banjir, langkah awal boleh diambil bagi mengurangkan kerosakan serius terutama kenderaan.

Tenaga Pengajar Automotif Pusat GiatMara, Bentong, Pahang, Ahmad Nazren Mohd Fauzi, berkata dengan melakukan teknik yang betul kenderaan mangsa mampu diselamatkan walaupun ditenggelami air.

"Ketika paras air meningkat, ada pemilik kenderaan panik lalu menghidupkan enjin kenderaan.

PERSEDIAAN awal membantu mengurangkan kos baik pulih.
PERSEDIAAN awal membantu mengurangkan kos baik pulih.

"Saya sarankan mereka supaya tidak panik dan ikuti panduan yang diberi ini," katanya.

Katanya, sekiranya banjir melanda ketika seseorang sedang memandu, mereka disaran supaya tidak meneruskan perjalanan.

Katanya, ini kerana ia sangat berisiko kerana pemandu tidak mengetahui keadaan jalan, bentuk muka bumi, arus air dan bahaya lain.

"Kemahiran mengharungi air bergantung juga kepada kecekapan individu dan sekiranya mengharung banjir, penggunaan gear rendah (L) lebih sesuai bagi kenderaan transmisi manual," katanya.

PATUHI arahan papan tanda di jalan raya.
PATUHI arahan papan tanda di jalan raya.

Katanya, pemilik juga diminta menanggalkan bateri sebelum membersihkan ruang enjin.

Pemilik juga perlu memeriksa keadaan enjin, minyak pelincir dan minyak utomatik serta Unit Kawalan Elektronik (ECU), selepas itu boleh memanggil trak tunda untuk dibawa ke bengkel membaiki kenderaan.

Untuk kenderaan dengan sistem kemasukan tanpa kunci (keyless) dan 'immbolizer', ia perlu dibawa ke pusat servis bertauliah bagi memeriksa keseluruhan sistem.

LANGKAH perlu diambil ketika banjir.
LANGKAH perlu diambil ketika banjir.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 January 2021 @ 6:30 AM