ANGGOTA Tentera Darat Malaysia menunjukkan kekuatan perisai jenis ACV 300 ADNAN- 81 mm Mortar. FOTO Bernama
ANGGOTA Tentera Darat Malaysia menunjukkan kekuatan perisai jenis ACV 300 ADNAN- 81 mm Mortar. FOTO Bernama
Nazarali Saeril


Tampin: Semalam, di Lapang Sasar Kem Syed Sirajuddin, Gemas di sini, barisan kereta perisai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menunjukkan taring masing-masing.

Apa tidaknya, lapang sasar itu dijadikan pusat untuk 'melepaskan kemarahan' terhadap musuh dengan tembakan demi tembakan dilepaskan.

Bukan itu saja malah tembakan peluru berpandu anti kereta kebal Ingwe turut dilepaskan.

Sasarannya pula antaranya membabitkan 'kenderaan musuh' yang juga kereta perisai yang sudah dilupuskan daripada perkhidmatan ATM.

Pada Latihan Kuasa Tembakan (LKT) 2021 ini, kita sebagai rakyat Malaysia wajar bangga dengan keampuhan aset ketenteraan yang dimiliki ATM selain tahap profesionalisme tinggi pengendalinya.

ANGGOTA Tentera Darat Malaysia menunjukkan kekuatan perisai jenis MIFV K200 A1- 12.7 mm HMG. FOTO Bernama
ANGGOTA Tentera Darat Malaysia menunjukkan kekuatan perisai jenis MIFV K200 A1- 12.7 mm HMG. FOTO Bernama

Kereta perisai yang terbabit dalam LKT 2021 ini ialah AV-8 Gempita, ACV 300 Adnan, Lipan Bara dan kenderaan perisai pengangkut anggota (MIFV) K200.

Ini semua bukan calang-calang kereta perisai malah sudah terbukti kemampuannya sebelum ini seperti K200 yang mana versi asalnya digunakan oleh anggota pengaman Malaysia ketika bertugas di Bosnia.

Adnan serta Gempita, yang dibangunkan dengan kerjasama firma dari Turki, juga menunjukkan prestasi cukup hebat dalam perkhidmatan tentera negara berkenaan.

Siapa kata ATM ketinggalan. LKT 2021 sudah membuktikan yang keseluruhan warga ATM selain asetnya, mampu untuk mempertahankan setiap inci bumi Malaysia.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 Oktober 2021 @ 4:17 PM