PELBAGAI pilihan motosikal ‘street’. FOTO Supian Ahmad
PELBAGAI pilihan motosikal ‘street’. FOTO Supian Ahmad
Lizam Ridzuan

SEGMEN motosikal ‘street’ Modenas Pulsar dan Dominar D400 mendapat sambutan menggalakkan daripada peminat tempatan.

Bagi meluaskan lagi perkembangan jenama itu selain memberi khidmat selepas jualan terbaik, sebuah pusat sehenti konsep yang pertama dibuka baru-baru ini.

Terletak di Kota Damansara, Modenas Power Store juga yang pertama di rantau ASEAN menawarkan ruang pameran selesa, khidmat pembaikan, baik pulih, binaan khas, alat ganti asli dan aksesori motosikal.

Ketua Pegawai Operasi, Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (Modenas) Roslan Roskan berkata, selain menyediakan sesi tunggang uji, pelanggan yang ingin memiliki motosikal Modenas juga akan dibantu daripada segi penyediaan pembiayaan.

TAWARAN pelbagai aksesori. FOTO Supian Ahmad
TAWARAN pelbagai aksesori. FOTO Supian Ahmad

“Selain lebih tersendiri dan beridentiti korporat, ia memberikan pengalaman pemilikan yang lebih menarik.

“Modenas Power Store juga ditubuhkan bagi menghargai pelanggan yang sentiasa menyokong dalam pembelian serta aktiviti yang kami anjurkan,” katanya ketika majlis perasmian.

Turut hadir Naib Presiden Perniagaan Antarabangsa Bajaj Auto Ltd (BAL), Sameer Deshpande.

Menggunakan teknologi dan peralatan terkini, Modenas Power Store menyediakan mekanik dan pekerja terlatih dengan tiga ruang servis bagi kemudahan pemilik mendapatkan penjagaan terbaik motosikalnya.

ROSLAN (kiri) dan Sameer (tengah). FOTO Supian Ahmad
ROSLAN (kiri) dan Sameer (tengah). FOTO Supian Ahmad

Buat masa ini, Modenas menumpukan kepada model street daripada Pulsar yang dijual pada harga RM9,300 bagi NS200 dan RM11,500 bagi RS200.

Dominar D400 yang dijual pada harga RM15,488 pula terjual kira-kira 1,200 unit.

Motosikal hasil kerjasama strategik dengan BAL ini mendapat sambutan positif dalam pasaran tempatan kerana faktor kualiti, prestasi, alat ganti dan harga jualan berpatutan.

“Ruang konsep ini bakal diperluaskan ke Pulau Pinang, Johor Bahru, serta pantai timur bagi memberi lebih kemudahan kepada pengguna motosikal Modenas,” katanya.#vroomHM.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 September 2019 @ 6:00 AM