Lizam Ridzuan


EDARAN Tan Chong Motor Sdn Bhd sebagai pengedar utama kenderaan jenama Nissan di negara ini melancarkan kenderaan elektrik (EV), Nissan Leaf Serba Baharu untuk pasaran tempatan di Shah Alam, hari ini.

Pengarah Jualan dan Pemasarannya, Christopher Tan berkata, kenderaan 100 peratus dijana tenaga elektrik itu diimport sepenuhnya dari Jepun ditawarkan dalam satu varian Premium.

“Selain sifar emisi, Leaf yang juga ikon Mobiliti Pintar Nissan menawarkan rekaan yang kontemporari, jarak pemanduan yang jauh serta seronok untuk dipandu, ” katanya ketika pelancaran.

Dijana dengan e-powertrain baharu ia menjana kuasa 150PS dan tork 320Nm dengan kelajuan maksimum sehingga 155 kilometer/sejam (km/j).

Melalui sekali pengecasan penuh bateri lithium-ion berkapasiti 40kWh mampu menjangkau jarak pemanduan sehingga 311 km dan ciri keselamatan terbaik dengan teknologi Nissan Safety Sheild termasuk enam beg udara SRS.

Untuk pasaran Malaysia Nissan Leaf Serba Baharu dijual pada harga RM188,888 dengan tiga tahun waranti pengeluar atau 100,000 km serta lapan tahun untuk bateri lithium-ion.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 Julai 2019 @ 7:25 PM
SHAH ALAM 23 JULY 2019. Launching of The All New Nissan LEAF at Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM), Glenmarie 4S Centre. NSTP/ROSLIN MAT TAHIR.
SHAH ALAM 23 JULY 2019. Launching of The All New Nissan LEAF at Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM), Glenmarie 4S Centre. NSTP/ROSLIN MAT TAHIR.