MINI Cooper S Countryman gaya unik.
MINI Cooper S Countryman gaya unik.
Mohd Razlan Salleh

MINI Cooper S Countryman adalah jentera idaman penulis dan peluang memandu ujinya, baru-baru ini, memberi pengalaman paling manis.

Bukan saja penulis, malah sesiapa saja yang melihatnya pasti terpukau dengan bentuknya yang berbeza daripada kenderaan utiliti sukan (SUV) lain.

MINI Cooper S Countryman Sports 2018 mula menjengah pasaran tempatan pada April tahun lalu.

Dijana enjin 2.0 liter pengecas turbo DOHC dengan suntikan terus bahan api, jentera unik ini menawarkan kuasa sehingga 195 hp pada 5,000 rpm dan tork 280 Nm pada 1,350 rpm.

REKAAN perumah lampu belakang baharu.
REKAAN perumah lampu belakang baharu.

Padanan kotak gear automatik lapan kelajuan memastikan kuasa disalurkan memadai sama ada untuk memecut atau memandu santai di ibu kota.

Namun, SUV ini hanya mengambil masa 7.4 saat untuk mencapai kelajuan 100 kilometer sejam (km/j), manakala kelajuan maksimum adalah 224 km/j.

Angka ini sudah cukup membuktikan kuasa yang ada pada model ini.

KERUSI buket selesa.
KERUSI buket selesa.

Pengendaliannya boleh dinilaikan sebagai terbaik walaupun sistem suspensi sedikit keras disebabkan padanan suspensi sport yang menggandingkan topang MacPherson di hadapan dan Multilink di belakang.

Menceritakan mengenai imej pula, MINI Cooper S Countryman masih kekal klasik tetapi memiliki sentuhan elegan dan gaya premium.

Antara pembaharuan dapat dilihat melalui lampu utama LED Projector lebih besar, lampu kabus dan Lampu Nyalaan Siang (DRL) LED.

LAMPU hadapan lebih besar.
LAMPU hadapan lebih besar.

Ia juga ditampilkan dengan kit aerodinamik John Cooper Works yang lebih agresif.

Bampar hadapannya lengkap dengan salur udara sisi selain padanan rim JCW Course Spoke 19 inci.

Dua jalur hitam pada permukaan hud hadapan menjadi identiti MINI sejak sekian lama.

RUANG penyimpanan luas.
RUANG penyimpanan luas.

Ruang kabin pula kekal premium dengan papan pemuka kemas dan menarik.

Sistem navigasi skrin sesentuh bersaiz 8.8 inci menjadi pelengkap sebuah kenderaan sporty.

Dijual pada harga RM240,888 (tanpa insurans), SUV mewah ini tidak pernah mengecewakan sama ada berkaitan kuasa, gaya atau imej sejati Britain.

RUANG kokpit menarik.
RUANG kokpit menarik.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 Februari 2019 @ 6:35 AM