UNIT K9 PDRM digunakan bagi mengesan bahan bukti sekitar lokasi kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang, Hulu Selangor. FOTO Asyraf Hamzah
UNIT K9 PDRM digunakan bagi mengesan bahan bukti sekitar lokasi kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang, Hulu Selangor. FOTO Asyraf Hamzah
Amirul Aiman Hamsuddin


Hulu Selangor: Polis percaya kawasan ladang kelapa sawit Kampung Sri Keledang, Hulu Bernam, di sini adalah lokasi utama kes pembunuhan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan mendapati suspek berusia 26 tahun dan mangsa mengenali antara satu sama lain, namun polis masih menyiasat sejauh mana hubungan mereka.

"Kita percaya ia berlaku di sini (Kampung Sri Keledang) dan dilakukan suspek seorang. Daripada siasatan kita tahu mereka kenal satu sama lain.

"Namun sejauh mana hubungan termasuk motif kejadian masih dalam siasatan," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Hussein memaklumkan penahanan suspek membawa kepada penemuan mayat Nur Farah Kartini di lokasi kejadian.

"Suspek kita tahan, siasat dan membawa kepada penemuan mangsa dan beberapa barang bukti.

"Suspek kini direman tujuh hari dan kita mungkin akan sambung dan selalunya secara tidak langsung dia akan ditahan kerja," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 Julai 2024 @ 4:39 PM