SUASANA sebak ahli keluarga di hadapan Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh ketika menunggu hasil bedah siasat mayat Nur Farah Kartini hari ini. FOTO Bernama
SUASANA sebak ahli keluarga di hadapan Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh ketika menunggu hasil bedah siasat mayat Nur Farah Kartini hari ini. FOTO Bernama
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Sungai Buloh: Proses bedah siasat ke atas mayat Nur Farah Kartini Abdullah, 25, yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh (HSB) di sini, selesai pada 6.10 petang tadi.

Lebih 10 ahli keluarga berkumpul di ruang menunggu Jabatan Forensik HSB sejak awal pagi tadi sehingga proses bedah siasat itu selesai.

Difahamkan, proses bedah siasat bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu dimulakan sekitar 2 petang tadi sebaik pegawai penyiasat kes tiba di HSB.

Pada 5.45 petang, kelihatan abang mangsa, Mohd Fariza Amir Abdullah, 28, serta seorang ahli keluarga dipanggil masuk ke bilik mayat.

Tidak lama kemudian, mereka berdua dilihat keluar dari situ dan suasana di tempat menunggu hospital itu bertukar hiba apabila mereka dilihat sebak dan menitiskan air mata sehingga anggota keluarga lain turut berasa hiba.

Kira-kira 6.30 petang tadi, semua ahli keluarga dilihat mula beredar dari Jabatan Forensik dan beberapa ahli keluarga yang dihampiri media enggan ditemu bual.

Harian Metro semalam melaporkan graduan UPSI yang dilaporkan hilang sejak Rabu minggu lalu selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan, ditemukan mati di kawasan tidak jauh dari Felda Gedangsa, Hulu Selangor.

Mayat Nur Farah Kartini ditemukan kira-kira 6 petang dipercayai dibunuh individu yang dikenalinya.

Susulan itu, polis turut menahan seorang lelaki yang juga penjawat awam bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Polis Perak kemudian mengesahkan suspek adalah seorang anggotanya berpangkat lans koperal yang bertugas di Balai Polis Slim River di Tanjung Malim dan sudah lima tahun berkhidmat.

Suspek kemudian direman tujuh hari sehingga 22 Julai ini untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Berita Berkaitan

Mayat Nur Farah Kartini ditemukan hampir mereput

Keluarga Nur Farah Kartini mohon henti keluar kenyataan guris hati

Kes bunuh Nur Farah Kartini: PDRM akan siasat secara telus, adil - KPN

Suspek dibawa ke lokasi mayat ditemui

Lokasi pembunuhan Nur Farah Kartini antara kawasan tumpuan kaki pancing

Suspek sudah berkhidmat lima tahun dalam PDRM

UPSI sedia bantu urus jenazah Nur Farah Kartini

Kronologi kes bunuh Nur Farah Kartini

Suspek kes bunuh Nur Farah Kartini seorang anggota polis

Kampung gempar selepas penemuan mayat

Penjawat awam direman 7 hari

Polis sahkan suspek adalah teman lelaki

'Sebak, tapi saya kena teruskan baca berita juga'

Penjawat awam ditahan bantu siasatan pembunuhan Nur Farah Kartini

Mayat Nur Farah Kartini ditemukan, dipercayai dibunuh

'Pulanglah, semua orang tunggu Farah...'

Polis mohon bantuan kesan Nur Farah Kartini

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 Julai 2024 @ 7:37 PM