HELIKOPTER ATM bertembung dalam kejadian di Kem TLDM Lumut
HELIKOPTER ATM bertembung dalam kejadian di Kem TLDM Lumut
Raja Noraina Raja Rahim


Kuala Lumpur: Sekurang-kurangnya tiga terkorban selepas dua helikopter milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bertembung dalam kejadian di Kem Tenteral Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 9 pagi itu, helikopter berkenaan dipercayai sedang menjalani latihan.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerima panggilan kejadian 9.50 pagi sebelum dua jentera dikejarkan ke lokasi.

Menurut Pegawai Operasi JBPM Perak, Saiful Rizan Sulaiman berkata, berdasarkan laporan dua helikopter bertembung dan terhempas di lokasi.

"Helikopter pertama jenis AS5530 membabitkan tiga mangsa dengan dua daripadanya sudah keluar manakala seorang tersepit.

"Namun ketiga-tiga mangsa disahkan meninggal dunia.

"Helikopter kedua jenis Pheonix (AW1139) membabitkan tujuh mangsa dan operasi mengeluarkan kesemua mangsa sedang dijalankan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, TLDM ketika dihubungi memaklumkan pihaknya sedang mendapatkan maklumat lanjut mengenai kejadian.

TERKINI: 10 dilaporkan terkorban

Kementerian Pertahanan pertimbang semula penganjuran Sambutan Ulang Tahun TLDM

TLDM tubuh Lembaga Siasatan

Mangsa nahas helikopter TLDM dikenal pasti

2 helikopter dinaiki 10 kru

Dua helikopter terhempas selepas berlanggar di udara

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 April 2024 @ 10:57 AM