Rubiah (tengah) bersama ahli keluarga di perkarangan kediamanya di Kampung Sungai Bunyi, Batu 35, Pontian Johor.
Rubiah (tengah) bersama ahli keluarga di perkarangan kediamanya di Kampung Sungai Bunyi, Batu 35, Pontian Johor.
Togi Marzuki


Pontian: Sambut Hari Raya Aidilfitri di khemah sambil menikmati pelbagai juadah menjadi pengalaman manis buat keluarga Rubiah Dasal di Kampung Sungai Bunyi, Batu 35, Jalan Johor di sini, hari ini.

Rubiah, 80, adalah juga ibu tunggal kepada lima anak dan mempunyai lima cucu dan 14 cicit.

Keluarga besar itu turut menjalankan pelbagai aktiviti termasuk mengadakan tahlil dan doa selamat bagi memeriahkan sambutan hari raya pada tahun ini

Rubiah yang kematian suami, Paiman Mian, sejak 30 tahun lalu berkata, kehadiran ahli keluarga secara serentak menggambarkan ikatan kekeluargaan yang erat walaupun mereka tinggal berjauhan.

"Bagi generasi muda termasuk kanak-kanak, pastinya program berkenaan membuka ruang untuk mereka merasai pengalaman paling berharga dalam hidupnya.

"Selain itu, apa yang mengharukan proses penyediaan pelbagai juadah seperti membakar lemang dibuat secara bergotong-royong, " katanya.

Katanya, pembinaan beberapa khemah di halaman kediamannya itu menjadikan suasana meriah dan ceria yang belum pernah dialami selama ini.

"Apa pun saya amat bersyukur kerana kehadiran mereka secara serentak yang tinggal berjauhan bukan saja memecah kesunyian, malah mengeratkan lagi silaturahim antara kami, " katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 April 2024 @ 10:58 AM