Mohd Iskandar Ibrahim

Putrajaya: Bayaran insentif awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam sebanyak RM2,000 kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak akan disalurkan pada 23 Februari ini.

Pengumuman itu dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika menyampaikan amanat pada majlis perhimpunan bulanan bersama warga Kementerian Kewangan di sini, hari ini.

"Turut disalurkan sebanyak RM1,000 kepada semua jawatan utama sektor awam membabitkan polis, bomba, tentera, angkatan bersenjata dan seluruh anggota beruniform.

"Bayaran insentif RM1,000 turut disalurkan kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen serta veteran tidak berpencen," katanya.

Berita lanjut menyusul

ANWAR ketika berucap ketika Perhimpunan Bulanan bersama warga Kementerian Kewangan di Putrajaya, hari ini. FOTO Mohd Fadli Hamzah
ANWAR ketika berucap ketika Perhimpunan Bulanan bersama warga Kementerian Kewangan di Putrajaya, hari ini. FOTO Mohd Fadli Hamzah

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 Februari 2024 @ 9:54 AM