GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Mohd Iskandar Ibrahim

Putrajaya: Bermula penggal baharu persekolahan bagi sesi terbabit, murid dibenarkan memakai pakaian seragam sekolah untuk dua hari, dua hari untuk pakaian sukan dan sehari bagi pakaian kokurikulum.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata, garis panduan baharu itu diputuskan Kementerian Pendidikan (KPM) untuk pemakaian murid bagi sesi persekolahan 2024/2025 mulai Mac ini.

"KPM memutuskan bagi sesi 2024/2025 bermula Mac ini, selepas sesi libat urus dilaksanakan dengan semua pihak berkaitan termasuk pemegang taruh, maka pakaian seragam di sekolah sesi 2024/2025 diteruskan seperti berikut.

"Dua hari pakaian seragam, dua hari pakaian sukan dan satu hari pakaian kokurikulum," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Amanat 2024 KPM di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 January 2024 @ 12:21 PM