KHAW Kok Chin. FOTO Zuhainy Zulkiffli
KHAW Kok Chin. FOTO Zuhainy Zulkiffli
Zuhainy Zulkiffli


Georgetown: Polis mengklasifikasikan kes pasangan terjatuh dari Jambatan Pulau Pinang, di sini, semalam sebagai cubaan bunuh.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin berkata, hasil siasatan awal terhadap wanita tempatan berusia 40 tahun itu mendakwa dia ditolak lelaki berkenaan ke laut.

Menurutnya, setakat ini keterangan lelaki berusia 37 tahun itu belum diambil kerana masih dirawat di hospital susulan kecederaan di kepalanya.

"Kita percaya sebelum itu berlaku pertengkaran di tempat kejadian dan wanita terbabit mendakwa dia ditolak lelaki berkenaan.

"Justeru, kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan atas cubaan membunuh," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut, di sini, hari ini.

Terdahulu, Kok Chin ditemui ketika Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Daerah Timur Laut kepada Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid.

Mengulas lanjut Kok Chin berkata, siasatan juga mendapati lelaki berkenaan adalah pegawai kanan sebuah badan beruniform yang bertugas di luar Pulau Pinang.

"Dakwaan pasangan itu menjalinkan hubungan cinta masih dalam siasatan dan kita akan keterangan serta pengesahan saksi lain," katanya.

Berita berkaitan:

Tindakan Koperal Mazlan wajar dijadikan contoh - TDM

Lelaki, wanita bertengkar hingga jatuh Jambatan Pulau Pinang

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 January 2024 @ 4:46 PM