JOYCELIN Bryant (kiri) dan pengantin perempuan, Danya Svoboda (kanan).
JOYCELIN Bryant (kiri) dan pengantin perempuan, Danya Svoboda (kanan).
AFP

Miami: Seorang pengantin perempuan di Florida dan katerernya ditahan selepas satu mencampurkan makanan yang dihidangkan pada majlis perkahwinannya dengan ganja pada Februari lalu.

Menurut dokumen mahkamah, pihak berkuasa tiba di perkahwinan Andrew Svoboda dan Danya Svoboda selepas beberapa tetamu mereka menghubungi perkhidmatan kecemasan kerana tidak sihat.

Douglas Postma, bapa saudara pengantin lelaki, memberitahu pasukan perubatan bahawa dia perasan jantungnya berdegup kencang dan mula berfikiran aneh selepas makan salad Caesar, pasta dan roti.

Perkara sama berlaku kepada tetamu lain pada majlis itu, yang diadakan di bandar Longwood, utara Orlando.

Isteri Postma berasa lebih teruk dan dia terpaksa dimasukkan ke hospital di mana THC, komponen psikoaktif utama ganja, ditemui dalam darahnya.

Miranda Cady, rakan pengantin perempuan, berasa seperti jantungnya akan berhenti selepas makan roti dengan minyak zaitun.

Dia bertanya kepada katerer, Joycelin Montrinice Bryant, jika dia meletakkan ganja dalam makanan dan katerer itu mengakuinya.

Pengantin perempuan itu juga mengesahkan makanan itu dicampur dengan ganja dan kelihatan bersemangat tentang gurauannya, menurut kenyataan Cady kepada pihak berkuasa.

Pihak berkuasa mengambil sampel makanan dan barangan kaca serta siasatan mereka membawa mereka kepada Danya Svoboda dan Bryant.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 April 2022 @ 6:15 AM