GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Noor Atiqah Sulaiman


Putrajaya: Kes baharu Covid-19 kembali melonjak dan melepasi 30,000 dengan 31,490 kes baharu 19 direkodkan setakat semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perkembangan itu menjadikan sehingga kini jumlah individu yang sudah dijangkiti virus berkenaan kini meningkat kepada 3,655,345 kes.

Beliau berkata, daripada jumlah yang direkodkan itu sebanyak 31,017 kes adalah penularan tempatan dengan 473 kes lagi adalah import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

"Daripada jumlah itu, pesakit dalam kategori dua paling tinggi iaitu sebanyak 18,623 kes atau 59.14 peratus, selain itu kategori satu dengan 12,692 kes, kategori tiga (62 kes), kategori lima (61 kes) dan kategori empat (52 kes).

"Secara keseluruhannya, daripada jumlah kes bagi kategori tiga hingga lima itu, sebanyak 107 kes (61.14 peratus) membabitkan individu berusia 60 tahun ke atas dan sudah menerima dua dos vaksin tetapi belum mendapatkan dos penggalak (90 kes).

"Selain itu sebanyak 46 kes sudah menerima dos penggalak, mempunyai komorbid (43 kes) dan tidak divaksinasi atau belum lengkap vaksin (39 kes)," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehingga kini, sebanyak 373 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) membabitkan 153 kes disahkan Covid-19 dengan 220 kes lagi disyaki, berkemungkinan dan dalam siasatan.

"Bagi pesakit ICU dan memerlukan alat bantuan pernafasan, setakat ini terdapat sebanyak 223 pesakit iaitu 94 kes disahkan Covid-19 serta 129 kes disyaki, berkemungkinan dan dalam siasatan," katanya.

Mengulas mengenai pertambahan 11 kluster penularan Covid-19 semalam, Dr Noor Hisham berkata, ia menjadikan sehingga kini masih ada 445 kluster yang masih aktif di negara ini.

Dr Noor Hisham berkata, sehingga semalam terdapat 29,035 kes sembuh dilaporkan, ia menjadikan sehingga kini terdapat sebanyak 3,340,889 individu sudah pulih sepenuhnya daripada jangkitan berkenaan.

Sementara itu, data dalam COVIDNOW memaklumkan, sehingga kini terdapat sebanyak 306,680 kes aktif dengan kebolehjangkitan di negara ini.

Daripada jumlah berkenaan, sebanyak 95.9 peratus atau 294,242 kes kini sedang menjalani kuarantin wajib di rumah, berada di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) sebanyak 3,397 kes dan hospital (86,68).

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 Mac 2022 @ 10:42 AM