JENNIFER Rovero
JENNIFER Rovero
Agensi

Rio De Janeiro: Polis memburu pempengaruh popular dari Brazil yang dipercayai terbabit dengan sindiket kartel dadah dan melakukan pembunuhan.

Siapa menyangka Jennifer yang sering tampil bergaya cantik berjaya mengaburi aksi jenayahnya dengan menjadi pempengaruh dengan sentiasa membuat kandungan kecergasan dan menjual makanan sihat di media sosial miliknya.

Sedangkan wanita itu bukan sahaja penagih dan mengedarkan dadah malah tergamak membunuh pesaingnya atau sesiapa yang memasuki wilayahnya.

Portal Daily Star melaporkan, Jennifer Rovero disebut-sebut menjalankan rangkaian pengedaran dadah dan jenayah di bandar Paranagua dan Matinhos di Parana, Brazil.

Malah, ahli sindiket pempengaruh itu dipercayai melakukan beberapa siri pembunuhan di wilayah itu.

Sindiket terdiri daripada 21 ahli manakala 17 antaranya sekarang sudah ditahan.

Jennifer dan tiga rakan lainnya kini diburu polis.

Jennifer yang memiliki 17,000 pengikut di Instagram juga sering mempamerkan gaya hidup mewahnya.

Tidak disangka, barang mewah itu diperoleh menerusi kartel dadah.

Menurut laman berita Noticias 7, polis juga menyita beberapa kenderaan mewah dan kondominium mewah terkait dengan geng itu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 November 2021 @ 6:30 AM