TUNKU Ismail berjaya pulih dan sihat kembali seterusnya dapat menjalani kehidupan seperti biasa. FOTO Ihsan Instagram hrhcrownprinceofjohor
TUNKU Ismail berjaya pulih dan sihat kembali seterusnya dapat menjalani kehidupan seperti biasa. FOTO Ihsan Instagram hrhcrownprinceofjohor
Syazwan Msar
mohdsyazwan@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Pandemik Covid-19 'menyerang' arena bola sepak negara dengan pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT) Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebenarnya pernah dijangkiti pandemik itu baru-baru.

Menerusi insta Story milik beliau memaklumkan bahawa selama dua minggu pemilik JDT itu berusaha melawan jangkitan Covid-19.

Katanya, beberapa minggu beliau berada dalam keadaan membabitkan fizikal dan mental dalam usaha melawan penyakit terbabit.

Namun, akhirnya pemilik JDT itu berjaya pulih dan sihat kembali seterusnya dapat menjalani kehidupan seperti biasa.

"Beberapa minggu berada dalam fasa membabitkan fizikal dan mental. Terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan.

"Tapi sekarang, selepas dua minggu Covid…The Tiger(Harimau) kembali," katanya.

Terdahulu pasukan Negeri Sembilan FC (NSFC) boleh dikatakan 'lumpuh' menjelang saingan Piala Malaysia bersambung hujung bulan ini apabila 20 pemain dan empat pegawai disahkan positif Covid-19 baru-baru ini.

Menerusi kenyataan media Negeri Sembilan FC memaklumkan bahawa pasukan itu terpaksa menarik diri daripada beraksi pada baki perlawanan Piala Malaysia yang akan bersambung hujung bulan ini.

Hal ini kerana, juara Liga Perdana itu terpaksa berehat panjang selepas perlu menjalani kuarantin wajib 10 hari di rumah dengan dipantau oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 Oktober 2021 @ 10:12 PM