TMJ mencium trofi Piala Malaysia selepas  menewaskan  Terengganu FC.
TMJ mencium trofi Piala Malaysia selepas menewaskan Terengganu FC.
Syazwan Msar


Kuala Lumpur: Pemilik pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) Tunku Ismail Sultan Ibrahim menjelaskan bahawa hanya ada satu saja Tunku Mahkota Johor (TMJ) yang mampu menjadikan skuad Harimau Selatan mendahului segala aspek dalam bola sepak di negara ini.

Menerusi komen Tunku Ismail di laman Instagramnya memaklumkan bahawa, pasukan lain seharusnya mengagumi kehebatan JDT dan bukannya membenci skuad berpangkalan di selatan Tanah Air itu.

"Daripada jaga rumput, falsafah bola sepak, infrastruktur, hingga ke celebration. Tiada orang boleh buat apa kami/JDT buat dalam negara ni atau asia sebagai sebuah club (kelab).

"Kejayaan sama-sama mengiringi pemodenan dan inovasi. Celebration kita adalah identity kita mewakili concept (konsep) inilah JDT. Lain dari lain. Sentiasa meningkatkan quality (kualiti) dari setiap aspect (aspek).

"Kepada keluargaku, terima kasih atas sokongan anda, dan kepada musuhku, jangan kau bercemburu atau membenci tetapi anda semua harus mengagumi kehebatan ini dan hargai sumbangan JDT kepada bola sepak tempatan.

"Kerana tidak akan ada lagi club (kelab) macam JDT dalam setiap aspect (aspek). Kerana ada satu sahaja TMJ," kata Tunku Ismail.

Sebagai rekod, skuad bimbingan Esteban Solari mencipta sejarah tersendiri pada musim ini apabila melakar rekod 'Double Quadruple Invincibles' selepas memenangi empat piala tanpa sebarang kekalahan bagi dua musim berturut-turut.

Mereka juga memenangi 25 daripada 26 perlawanan Liga Super musim ini dan menjaringkan 100 gol namun hanya bolos tujuh gol.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 Disember 2023 @ 7:36 PM