BERNAMA

Kuala Lumpur: Sebanyak 5,293 kes baharu Covid-19 direkodkan di seluruh negara sepanjang tempoh 24 jam lepas, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Jumlah itu terus menunjukkan trend penurunan iaitu kurang 618 kes berbanding 5,911 kes semalam.

Dr Noor Hisham Abdullah menerusi ciapan di Twitter berkata, perkembangan baharu itu menjadikan kumulatif kes di Malaysia kini 696,408.

Katanya, Selangor kekal negeri mencatat kes harian tertinggi sebanyak 1,680 orang diikuti Negeri Sembilan (693), Sarawak (661), Johor (627) dan Kuala Lumpur (379).

Sementara itu, 205 kes direkodkan di Perak, Melaka (183), Kedah (170), Kelantan (167), Sabah (163), Labuan (156), Pulau Pinang (114), Pahang (77),Terengganu (12), Putrajaya (empat) dan Perlis (dua).

Penduduk sekitar Gombak melakukan ujian saringan covid 19 secara percuma di Dewan Beringin Taman Seri Gombak. FOTO Rohanis Shukri.
Penduduk sekitar Gombak melakukan ujian saringan covid 19 secara percuma di Dewan Beringin Taman Seri Gombak. FOTO Rohanis Shukri.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 20 Jun 2021 @ 3:57 PM