KEADAAN selepas kemalangan. FOTO ihsan Bomba
KEADAAN selepas kemalangan. FOTO ihsan Bomba
Hazsyah Abdul Rahman


Sandakan: Dua lelaki maut, seorang lagi parah selepas dilanggar kenderaan pacuan empat roda ketika sedang menukar tayar bas mini di Jalan Utara, Batu 5, tengah hari tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.25 tengah hari itu, identiti semua mangsa belum dikenal pasti.

Difahamkan, tiga mangsa termasuk pemandu dan konduktor bas mini itu sedang menukar tayar bas di tepi jalan berkenaan.

Kenderaan pacuan empat roda kemudiannya merempuh mangsa dari arah belakang sehinggakan konduktor bas turut terperosok di bawah kenderaan pacuan empat roda tersebut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Jimmy Lagung berkata, lapan anggota dihantar ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 1.21 tengah hari tadi.

Menurutnya, kemalangan membabitkan dua kenderaan.

"Pacuan empat roda dilaporkan merempuh bas termasuk mangsa yang berada di bahu jalan.

"Kejadian menyebabkan dua mangsa lelaki meninggal dunia di lokasi kejadian dan seorang parah," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, mangsa parah dikejarkan ke Hospital Duchess of Kent (HDOK) Sandakan untuk tindakan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 21 Mac 2021 @ 5:02 PM