KESAN tembakan pada BMW dipandu mangsa. FOTO ihsan polis
KESAN tembakan pada BMW dipandu mangsa. FOTO ihsan polis
Norzamira Che Noh


Banting: Seorang lelaki cedera parah dengan kesan tembakan di beberapa bahagian badan dalam kemalangan di hadapan Sekolah Menengah Telok Datok, dekat sini, tengah hari tadi.

Sumber berkata, kemalangan membabitkan sebuah BMW dan sebuah Proton Wira.

"Pemandu BMW dijumpai tersepit dalam kenderaan dengan empat das tembakan di bahagian dada, tangan dan kaki.

"Mangsa berjaya dikeluarkan oleh anggota dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor dan diserahkan kepada pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Turut mengalami kecederaan adalah dua individu yang menaiki sebuah lagi kenderaan serta tiga pelajar sekolah," katanya.

Laporan lanjut menyusul

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 25 September 2020 @ 3:48 PM