New Delhi: Demi memenuhi nafsu peliknya, seorang lelaki di India tergamak 'merogol' seekor lembu di sebuah ladang di Sundar Nagar, Himachal Pradesh.

Bagaimanapun, lelaki itu berjaya ditahan polis sebaik menerima laporan pemilik ladang yang terletak di Sundar Nagar, Himachal Pradesh itu.

Aksi jijik lelaki itu dikatakan berlaku 4 Julai lalu dan dikesan berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

Berdasarkan rakaman itu, lelaki berusia 55 tahun itu dilihat memecah masuk ladang lembu berkenaan.

Tidak lama kemudian, kehadiran individu itu disedari oleh pemilik ladang, Ram Yadav.

Bagaimanapun, Ram kemudian hanya memberi amaran kepada lelaki terbabit dan melepaskannya.

Selepas individu itu beredar, Ram memeriksa rakaman CCTV di ladang itu.

Apa yang mengejutkan, dia mendapati lelaki itu sempat merogol seekor lembunya sebelum membuat laporan polis.

Ketua Balai Polis Ashoka Garden, Alok Srivastava berkata, pihaknya mengesahkan menerima laporan kejadian daripada pemilik ladang.

Susulan kejadian, suspek yang berasal dari Bhopal itu ditahan. - Agensi

"Suspek disiasat mengikut Seksyen 377 Kanun Keseksaan kerana melakukan persetubuhan luar tabii dengan haiwan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 Julai 2020 @ 6:31 AM