FARAH Ahmad isteri kepada Allahyarham Mohd Firdaus Mohamad Hanif atau dikenali sebagai Pitt Hanif, bersama ibu mentuanya, Fauziah Nawi pada majlis pengebumian jenazah suaminya di Tanah Perkuburan Islam AU2, Keramat. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali
FARAH Ahmad isteri kepada Allahyarham Mohd Firdaus Mohamad Hanif atau dikenali sebagai Pitt Hanif, bersama ibu mentuanya, Fauziah Nawi pada majlis pengebumian jenazah suaminya di Tanah Perkuburan Islam AU2, Keramat. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali
Sudirman Mohd Tahir


ISTERI pengarah filem Pitt Hanif, Farah Ahmad berang dengan tindakan segelintir pengguna laman sosial yang menulis komen dan melemparkan tuduhan keterlaluan terhadap dirinya di laman sosial.

Farah tampil mempertahankan dirinya menerusi status di Instagram dan Facebook selain turut memuatnaik paparan skrin komen beberapa netizen.

“Anjing kalau menyalak memang patut hempuk. Aku ni diam saja sebab malas nak kecoh. Sebab atuk aku pernah cakap, sedangkan anjing dalam longkang aku kutip aku bela ini kan manusia.

“Selagi boleh diam aku diam sebab aku ini lain sikit. Kau tak kenal suami aku. Kalau kau kenal baru kau tahu kenapa suami aku pilih hidup dengan aku.

“Aku boleh layan orang yang tikam belakang macam tetamu terhormat dan aku juga boleh layan sebaliknya. Baik lelaki baik perempuan tak payah nasihat orang. Orang pertama kau kena nasihat adalah diri sendiri. Hati kau tu,” tulisnya.

Menerusi status sama, Farah turut mempertahankan dirinya yang digelar perempuan murahan.

“Yang kamu ‘stalk’ kemudian mengata kenapa? Yang sibuk menjadi ustaz dan ustazah segera aku tak layan. Ustaz dan ustazah yang penuh ilmu di dada tahu macam mana nak dekati aku.

“Dan yang ingat aku kemaruk seks tu minta maaf. Banyak lagi dalam hidup nak kena selesaikan. Mengata aku perempuan murahan tu, maaf kau nak tahu kenapa takdir aku suami akhirnya macam itu. Kau nak tahu kenapa aku tak menitis setitik air mata atas muka jenazah suami aku, sebab aku mahal, terpilih dan bukan murahan macam kamu yang ingat diri Tuhan.

“Aku cuba mengikut prosedur betul buat laporan masa di awal dan sudah buat tapi tidak ada sebarang maklum balas daripada pihak berkuasa,” katanya.

Namun, Farah menganggap komen yang dilemparkan itu tidak memberikan kesan kepada diri dan keluarganya.

“Aku ni malas layan perkara ini sebab tak menjadi kudis pun. Tapi itulah nak bagi anjing berhenti menyalak kenalah kita hempuk.

“Kenalan aku dan arwah suami yang baca dan aku tahu anda memang baca, tolong selesaikan. Malas layan kuman murahan ini.

“Pitt, kalau awak ada mesti awak dah gelak dan awak mesti risau sebab awak tahu Farah ini lain sikit. Setakat bercakap di alam maya tak perlu. Mari jumpa depan kita berhujah. Jangan tahu cabang kecil akar tapi tak tahu jenis pokok apa yang ditanam. Jangan tahu permukaan jalan raya saja tapi tidak tahu bawah tar jalan ada apa,” katanya.

Pitt Hanif yang juga pengarah filem Coast Guard meninggal dunia selepas bot dinaiki bersama rakan, Sham Mokhtar, 38, terbalik dan terbelah dua ketika mereka memancing di Sungai Jelai, Kampung Mela, Lipis, Pahang pada 26 Oktober lalu.

Dalam kejadian 11 pagi itu, bot fiber yang dinaiki dikatakan merempuh tiang besi sebuah jambatan menyebabkan Pitt dan Sham tercampak ke dalam sungai.

Jenazah Pitt yang juga anak kepada pelakon veteran, Fauziah Nawi ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada 4.25 petang pada 27 Oktober.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 January 2020 @ 11:15 AM