Hadzlihady Hassan


WANITA cedera akibat letupan yang berlaku dalam rumahnya di tingkat 20, Pangsapuri Desa Green, Jalan Paya Terubong, di Georgetown, hari ini.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri berkata, pihaknya menerima panggilan 8.16 pagi berhubung kejadian terbabit dan bergegas ke lokasi.

Menurutnya, sebaik tiba, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Paya Terubong mendapati seorang wanita berusia 50-an mengalami kecederaan di badan sebelum diberikan rawatan lanjut.

“Siasatan awal juga mendapati sebahagian daripada dinding dalam rumah terbabit runtuh, barang berselerak dan tingkap tercabut akibat letupan itu.

“Kesan daripada letupan itu juga turut menyebabkan rumah jiran mengalami keretakan di dinding,” katanya.

Menurutnya, sehingga kini anggota bomba dan juga polis masih berada di lokasi kejadian dan punca letupan juga sedang disiasat.

KEADAAN rumah berkenaan. FOTO Ihsan Bomba
KEADAAN rumah berkenaan. FOTO Ihsan Bomba

KEADAAN rumah berkenaan. FOTO Ihsan Bomba
KEADAAN rumah berkenaan. FOTO Ihsan Bomba

Berita lanjut menyusul

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 Ogos 2019 @ 10:53 AM