PASANGAN Elfira Loy dan Faris Khairol Anuar menerima anugerah Instafamous Couple Sejati. -Foto ROHANIS SHUKRI.
PASANGAN Elfira Loy dan Faris Khairol Anuar menerima anugerah Instafamous Couple Sejati. -Foto ROHANIS SHUKRI.
JOHANIS Sani (tengah) pemenang kategori Paling Stylo.
JOHANIS Sani (tengah) pemenang kategori Paling Stylo.
Ardini Sophia Sina


WALAUPUN diadakan secara santai, acara Anugerah Instafamous edisi kedua anjuran hurr.tv tetap gempak dengan kehadiran penerima anugerah daripada kalangan selebriti serta mereka yang bergelar ‘influencer’.

Berlangsung di Vouge Lounge, Menara Suezcap, Kuala Lumpur, Khamis lalu, Anugerah Instafamous memberikan sembilan anugerah khas dan mempertandingkan sembilan lagi kategori khusus buat individu yang digelar instafamous atau ‘influencer’.

Mengagumi kepemimpinan dan menghargai sumbangan yang sudah diberikan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, pihak hurr.tv menggunakan peluang untuk menyampaikan anugerah Instafamous Inspirasi kepada beliau.

TUN Dr Mahathir antara penerima anugerah.
TUN Dr Mahathir antara penerima anugerah.

Dr Mahathir menerusi sebuah video pendek menyatakan rasa terima kasih atas anugerah yang diberikan. Katanya, anugerah itu disampaikan atas dasar kepemimpinannya.

“Kalau saya menjadi contoh yang baik, alhamdulillah. Tidak ada jalan singkat. Jika sayang negara, kita perlu bekerja keras untuk menaikkan semula negara ke tahap terbaik.

“Anugerah ini disampaikan kerana kerja kuat, dedikasi dan sumbangan saya kepada rakyat Malaysia. Terima kasih hurr.tv atas anugerah khas ini,” katanya.

Beliau turut meluahkan harapan agar setiap pengguna telefon pintar menanamkan sikap bertanggungjawab terutama apabila berkongsi berita. Ia bagi mencegah penyebaran berita palsu.

 ANUGERAH Instafamous Mudah Terhibur milik Mark Adam.
ANUGERAH Instafamous Mudah Terhibur milik Mark Adam.

“Kini maklumat dan berita dapat dicapai di mana-mana sahaja dengan telefon pintar dan seseorang itu dapat menjadi wartawan segera.

“Dengan kuasa yang ada ini, penting sekali untuk kita praktikkan sikap tanggungjawab supaya maklumat disampaikan tepat, betul dan bukanlah berita palsu,” katanya yang tidak dapat hadir pada malam berkenaan.

Sementara itu, Pengarah hurr.tv, Elaine Daly berkata, anugerah Instafamous Inspirasi adalah justifikasi kukuh bahawa Dr Mahathir sememangnya figura yang sentiasa mempamerkan kekuatan, disiplin serta tekad dalam memberikan yang terbaik kepada rakyat dan negara.

“Kami berharap anugerah ini mampu menjadi pemangkin inspirasi serta mendorong individu lain terutama belia generasi digital untuk bekerja keras mencapai impian serta berdedikasi seperti ditunjukkan Dr Mahathir,” katanya.

FLOOR 88 terharu menerima anugerah Instafamous Fenomena.
FLOOR 88 terharu menerima anugerah Instafamous Fenomena.

Selain Instafamous Inspirasi, lapan personaliti lain yang memaparkan kewibawaan dan komitmen dalam bidang yang mereka ceburi turut menerima anugerah khas.

Penerima anugerah khas pada malam itu ialah Vivy Yusof (Instafamous Unggul), Ain Edruce (Instafamous Versatil), Izzue Islam (Instafamous Adiwira), Eyra Hazali (Instafamous Pujaan Hati), Floor 88 (Instafamous Fenomena), Amelia Henderson (Instafamous Stylista), Mark Adam (Instafamous Mudah Terhibur) serta Elfira Loy dan suaminya, Faris Khairol Anuar (Instafamous Couple Sejati).

Mark menerusi ucapan pendek berkata, dia terkejut dan gembira dengan anugerah yang diberikan. Dia sama sekali tidak menyangka pihak hurr.tv akan memberikan anugerah khas itu kepadanya.

VIVY Yusof dengan anugerah Instafamous Unggul.
VIVY Yusof dengan anugerah Instafamous Unggul.

“Saya tidak sangka menerima anugerah ini. Walaupun bukan pelawak, saya gembira kerana umum terhibur setiap kali melihat gelagat saya. Anugerah ini sangat bermakna buat saya.

“Terima kasih hurr.tv atas pemberian anugerah khas ini. Saya janji tidak akan berhenti untuk menghiburkan anda semua. Sekali lagi, terima kasih atas sokongan anda,” katanya.

Sementara itu, Floor88 yang tampil dengan lagu baharu berjudul Hutang turut terkejut dengan anugerah berkenaan. Kata Ayie, sepanjang tiga tahun aktif dalam bidang seni, itu adalah anugerah pertama mereka.

“Terima kasih atas anugerah ini. Ia anugerah pertama yang kami dapat dalam tempoh tiga tahun pembabitan dalam dunia seni. Ia akan menjadi pemangkin semangat untuk terus menghasilkan karya berkualiti.

RADIN (kiri) selaku pengacara bersama Sarah Suhairi (tengah) dan Datin Elaine Daly.
RADIN (kiri) selaku pengacara bersama Sarah Suhairi (tengah) dan Datin Elaine Daly.

SEBAHAGIAN daripada pemenang Anugerah Instafamous.
SEBAHAGIAN daripada pemenang Anugerah Instafamous.

“Kami harap peminat akan terus memberikan sokongan terhadap karya kami. Kami akan berusaha menghasilkan lagu yang menepati selera pendengar,” kata Ayie, vokalis kumpulan Floor88.

Selain itu, Anugerah Instafamous turut menampilkan sembilan kategori dipertandingkan khusus buat individu bergelar instafamous atau ‘influencers’. Berikut adalah senarai pemenang bagi setiap calon dipertandingkan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 Ogos 2019 @ 5:00 AM