JEMAAH haji. FOTO Arkib NSTP
JEMAAH haji. FOTO Arkib NSTP
Mohd Iskandar Ibrahim dan Ahmad Suhael Adnan dan Nur Ain Mohamed Radhi


KABINET bersetuju pengurusan baharu Lembaga Tabung Haji (TH) mewujudkan Special Purpose Vehicle (SPV) untuk memulihkan kedudukan kewangan agensi itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf berkata, SPV yang diwujudkan itu akan memaksimumkan semua aset TH yang prestasinya tidak memuaskan, termasuk kemungkinan menjual aset berkaitan.

“Saya yakin dengan tindakan pemulihan yang sudah bermula sejak Julai lalu, hibah atau dividen bagi 2018 akan dapat diberikan kepada pendeposit namun kadarnya bergantung pada keuntungan.

“Dengan pelan pemulihan yang dilakukan, kos menunaikan haji bagi pendeposit TH juga kekal pada kadar RM9,980," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Mujahid berkata, pihaknya belum memutuskan tindakan terhadap pengurusan lama TH yang menyalahi Akta Lembaga Tabung Haji 1995 sehingga mengakibatkan agensi itu mengalami defisit sebanyak RM4.1 bilion.

Berita lanjut menyusul

Berita berkaitan

TH defisit RM4.1 bilion

Isu TH: Mujahid dedah Isnin ini

Simpanan Tabung Haji dijamin selamat

Demi Allah, tak guna wang penyimpan - Abdul Azeez [METROTV]

Polis sahkan terima laporan TH

Laporan polis terhadap Azeez, Ismee, Johan

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 Disember 2018 @ 11:47 AM