PERDANA Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika melawat Muhammad Adib di IJN, kelmarin. Status yang dimuat naik Nurul Najihah buat tunangnya di laman sosial Facebook (gambar kecil).
PERDANA Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika melawat Muhammad Adib di IJN, kelmarin. Status yang dimuat naik Nurul Najihah buat tunangnya di laman sosial Facebook (gambar kecil).
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


“KAMU kuat, Orang tunggu kamu, sentiasa ada dengan kamu Muhammad Adib.

“Kamu cuba utk lawan sakit kamu. Org akan ada dgn kamu mcm mana sekalipun. Bangun kamu. Muhammad Adib,” kata Nurul Najihah menerusi Facebooknya, hari ini.

Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor diserang sekumpulan perusuh berhampiran Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, Selasa lalu.

Nurul Najihah memuat naik status berkenaan sebagai reaksi selepas Muhammad Adib mula sedar dan faham arahan yang diberikan doktor, hari ini.

Status yang dimuat naik Nurul Najihah itu mendapat komen yang positif daripada kenalan dan netizen.

Terdahulu, Nurul Najihah yang dilaporkan berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) Institut Jantung Negara (IJN) turut meluahkan kesedihan apabila melihat keadaan tunangnya yang mengalami kecederaan parah menerusi laman sosial sama.

Sebahagian besar pengguna Facebook pelbagai bangsa turut melahirkan rasa simpati kepada Nurul Najihah selain mendoakan keselamatan tunangnya.

Lagi berita berkaitan Rusuhan Kuil Maha Mariamman

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 30 November 2018 @ 7:57 PM